in

Gila! Kad Pokemon ‘Rare’ Ini Dijual Dengan Nilai RM 1 Juta Rupa-rupanya…

Gambar Hiasan 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Hobi kami mahal’, tagline itu sering digunakan bagi pencinta dua roda yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk memuaskan nafsu minat mereka. Tapi sebenarnya, bukan peminat motor sahaja, apabila mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu mereka pasti sanggup menghabiskan wang, asalkan mereka puas.


Ini yang terjadi kepada peminat animasi terkenal Pokemon, apabila sanggup menghabiskan      RM1 Juta untuk sekeping kad permainan animasi itu. Kad itu dijual pada awal bulan ini di ZenPlus, sebuah laman dagangan dalam talian, menjadikannya kad pokemon termahal di dunia yang pernah dijual!

Kad tersebut telah dibeli oleh pelanggan dari Amerika yang menggunakan nama Pokemonmania didalam laman membeli belah online itu. Tapi apa yang membuatkan kad itu bernilai seperti sebiji rumah di Kuala Lumpur?

1 11 1

Kad tersebut merupakan kad edisi ‘Illustrator’ yang hanya boleh didapati melalui sebuah peraduan komik di Jepun pada tahun 1998. Daripada 39 keping kad yang dikeluarkan pada waktu itu, kini dipercayai hanya tinggal 10 keping kad yang masih wujud.

Oleh sebab itulah, kad ini dianggap sebagai kad Pokemon yang paling berharga dan paling rare di dunia. Malah, kad ini turut mengandungi lakaran istimewa daripada Atsuko Nishida iaitu pelukis ilustrasi asal Pokemon.

Kad Pikachu Illustrator yang dijual di ZenPlus itu telah diiktiraf oleh PSA (Professional Sports Authenticator) dengan taraf Mint 9. Maksudnya keadaan kad ini adalah sangat superb. Ini merupakan rating yang sangat mengagumkan bagi sekeping kad yang telah berusia 22 tahun!

2 10 1

Walaupun harganya mungkin membuatkan korang terfikir bahawa ia mungkin memiliki kuasa yang kuat, tetapi sebenarnya kad Pikachu Illustrator ini tidak memiliki sebarang fungsi dan kuasa untuk digunakan dalam sebuah pertandingan.

Pada bahagian hadapan kad, terdapat ayat yang berbunyi kata-kata penghargaan bagi sesiapa yang masuk peraduan ketika itu.

“Kami mengesahkan bahawa ilustrasi ini merupakan entri yang sangat cemerlang dalam Peraduan Melukis Ilustrasi Kad Permainan Pokemon. Oleh itu, kami dengan ini memperakui bahawa anda merupakan Pelukis Ilustrasi Kad Pokemon Rasmi Yang Sah dan mengagumi kemahiran anda”

3 6 1

Bahagian belakang kad pula dihiasi dengan logo dan nama permainan tersebut dalam bahasa Jepun.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kad untuk koleksi dijual pada harga yang sangat tinggi. Pada awal pengenalan kad Magic The Gathering, kad Black Lotus yang sangat berkuasa telah djual. Ia kemudiannya diharamkan kerana terlalu berkuasa dan dijual dengan tanda harga RM680 ribu ($160,000) pada tahun lepas.

So mungkin korang boleh ‘korek’ balik koleksi kad korang time kecil dulu. Tapi kad tu kene original la..

Baca: Tak fikir yang dah beratur panjang ke? Perangai Reseller Kaut Untung Lebih Untuk Koleksi Uniqlo x Billie Ellish Undang Kemarahan Netizen

F.b 1 6

Sumber: Zen Market
Sumber: Zen Mmarket
Sumber: Zen Market

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.