in

GF Tiba-tiba Minta Putus Sebab Tak Nampak BF Dalam Mimpi Lepas Solat Istikharah

Ft Putus 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak boleh dinafikan bahawa solat istikharah itu adalah antara satu usaha untuk mendapatkan petunjuk dalam membuat sebarang keputusan tentang kehidupan kita. Walau bagaimanapun, itu bukanlah cara untuk kita ‘menilik nasib sendiri’.

Alkisahnya terjadi apabila ada seorang wanita tiba-tiba minta putus dengan kekasihnya kerana teman lelakinya itu tidak muncul dalam mimpi selepas melakukan solat tersebut. Ianya tular menerusi satu perkongsian dalam satu group Facebook.


 

Tak ada sebab tapi nak putus

Dalam satu perbualan menerusi Whatsapp, si lelaki dilihat merayu dengan teman wanitanya untuk tidak diputuskan hubungan. Ini disebabkan wanita itu dikatakan tidak melihat teman lelakinya muncul di dalam mimpi.

Bagaimanapun, lelaki tersebut cuba untuk meyakinkan teman wanitanya bahawa petunjuk yang dimahukan tidaklah semudah mana dan harus berusaha tetapi wanita tersebut tak nak dengar sebarang penjelasan.

Putus 1

Dilihat lelaki tersebut tidak putus asa dan merayu agar keputusan teman wanitanya itu dapat dipertimbangkan. Namun, wanita tersebut berkeras dengan keputusannya dan menjelaskan tidak ada sebab apabila ditanya oleh lelaki itu.

Putus2 Putus3

Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 256 jumlah perkongsian dan rata-rata netizen marah dengan sikap wanita tersebut dan meminta lelaki itu untuk tinggalkan sahaja wanita itu.

Screenshot 2023 07 27 130332

Screenshot 2023 07 27 130303

Haih, sabar lah bang, bunga bukan sekuntum.

Baca : “Tak move on ke ni?” -Gara-gara Putus Cinta, Wanita Rempuh Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki

Langgar Rumah Ex Bf

Sumber: PDRM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.