Selalu kita tonton drama hero dan heroin mempertahankan cinta sehingga menjadi derhaka kepada ibu bapa, dan lebih menyedihkan lagi, perkara itu dianggap romantik dan sweet. Namun apa yang berlaku kali ini adalah realiti. Yes, realiti.
Bertindak sebegini sememangnya merisaukan ahli keluarga (dan menaikkan kemarahan) selain menconteng arang ke muka kedua ibu bapa.
Pada 30 Januari lalu, Voo Zi Rou, seorang remaja berusia 14 tahun didakwa melarikan diri bersama teman lelakinya. Difahamkan gadis itu berpura-pura ingin ke tandas ketika sedang makan di sebuah restoran bersama keluarganya sebelum bertindak sedemikian. Kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
Menurut ibu saudaranya, Voo Lee Ling, 44, Zi Rou memberitahu keluarganya untuk ke tandas. Namun, gadis itu kemudian tidak pulang semula.
Saya tunggu sehingga 30 minit. Saya mencarinya di merata tempat tetapi masih tidak dapat menjumpainya,” katanya.
Mereka kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama selepas gagal menemukan gadis berkenaan.
Malah, menurut ibu saudaranya itu, ini adalah kali KEDUA anak saudaranya itu melarikan diri semenjak pulang dari Kemboja pada awal Januari. Berani betul budak ni!
[sociallocker id=1666]
Dia pulang ke Malaysia untuk menyambut Tahun Baru CInta bersama keluarga belah ayahnya,” kata Lee Ling.
Sebelum ini, Zi Rou menetap di Kemboja bersama ayahnya.
Kali pertama Zi Rou hilang adalah pada 8 Januari lalu ketika berada di rumah datuknya di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, dia kemudian dijumpai di Kampung Jawa keesokan harinya, bersama-sama dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun,” kata Lee Ling.
Sudah tentu, mereka sekeluarga risau akan perkara sebegini memandangkan Zi Rou masih di bawah umur.
Saya sangat yakin anak saudara saya bersama dengan teman lelakinya dan kerana itulah saya merayu kepadanya untuk menghantar Zi Rou pulang ke pangkuan keluarganya. Saya berharap orang ramai boleh membantu dan hubungi pihak berkuasa jika terjumpa Zi Rou,” akhiri Lee Ling.
[/sociallocker]
Dengan usia yang sebegitu muda dan pandai menggunakan helah untuk melarikan diri dua kali memang tidak disangka-sangkakan. Harap dia sedar, cinta bukanlah segala-galanya…