in

“Fuyoo Charlie Angel Malaysia” – Gelagat 3 Wanita Tembak Menembak Dekat Parking Buat Netizen Cair Sebab…

Feature Image Charlie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tengok tak gelagat orang dewasa yang beraksi macam budak-budak? Alah bukannya serious pun, diaorang biasanya gurau nak hiburkan hati je tu.


Baru-baru ni dekat laman Twitter viral video tiga orang wanita yang bermain tembak menembak dengan menggunakan pistol palsu di kawasan parking kenderaan.

https://twitter.com/biongpanda/status/1198443139326853122?s=20

Dalam video ini kelihatan dua orang wanita yang sedang asyik bermain pistol mainan seperti menembak antara satu sama lain sambil dirakam oleh seorang lagi rakannya.

Video berdurasi 38 saat itu mendapat lebih kurang 300 ribu tontonan. Ia juga mendapat lebih 8 ribu retweet dan lebih 12 ribu like.

Namun apa yang menjadikan video ini lebih menarik adalah, salah seorang dari mereka senang untuk melatah walaupun hanya diusik sedikit.

Menurut @biongpanda, individu yang memuat naik video ini, wanita yang merakam dan melatah dalam video tersebut merupakan ibunya.

Makl
Sumber: twitter

Tambahnya lagi, ibu dan rakan-rakanya itu tidak sangka bahawa video mereka bermain pistol mainan tersebut boleh viral dan di tonton oleh ribuan orang.

https://twitter.com/biongpanda/status/1198566064709230594?s=20

Rata-rata netizen berasa teruja melihat video tersebut terutamanya dengan gelagat wanita-wanita itu yang menggunakan pistol mainan untuk bermain tembak menembak.

Oiu
Sumber: twitter

 

Oiub
Sumber: twitter

Sporting betul la mereka ni. Ni mesti kawan dari sekolah sampai sekarang kan? Tu yang rapat lain macam.

 

Baca: “Keluarga saya sporting” – Keluarga Gadis Dari Kedah Terima Menantu Afrika Barat Dengan Tangan Terbuka

Spot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.