in

“Ingatkan nak dukung je” -Ibu Ini Nyaris Hilang Nyawa Anak Lepas Mentua Suap Air Masak Dekat Bayi

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap ibu sudah pasti menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Kadang-kadang kalau boleh mata memang sentiasa nak tengok anak, risau apa-apa yang terjadi lagi-lagi kalau yang masih bayi.


Apa yang terjadi terhadap seorang ibu ini cukup merisaukan dimana dia dapati anaknya yang belum mencapai usia 6 bulan dah kena bagi minum air masak oleh ibu mentuanya. Luahan ibu ini dikongsi di Facebook MAMA Dan Anak.

Baby3

“Anak saya hampir mati hanya sebab sedikit air masak” 

Dikatakan kejadian berlaku di rumah ibu mertuanya apabila dia sedang berpantang di rumah tersebut. Ibu mentuanya mengatakan yang cucunya tak kenyang dan kena bagi minum extra contohnya nestum supaya bagi dia kenyang.

Lalu, kejadian berlaku pada suatu hari dimana dia sedar yang anaknya menangis dengan kuat sedangkan anaknya bukan jenis macam tu.

“Anak saya bukan jenis high demand. Not at all. Lepas lahir pun tak menangis, hari-hari biasa pun tak nangis.”

Tanpa kebenarannya, ibu mentuanya telah menyuapkan anaknya sedikit air masak walhal perkara itu salah. Dia bertindak untuk menenangkan anaknya tapi ibu mentuanya menyuruhnya untuk makan dahulu sementara dia dukung bayi itu.

Baby 5

Lama-kelamaan dia dapati anaknya sering muntah dan ianya berlarutan hampir 20 hari. So, dia terus pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut dan lepas tu directly doktor rujuk kepada pakar.

Baby

Waktu sampai di hospital dia tak sangka yang usus anaknya dah mengembang, tak macam rupa usus dah.

“Rupanya, sampai hospital besar dan xray, dalam imej usus 0. Takde usus. Rupanya usus dah ngembang teruk, memang dah takde rupa usus”

Ya Allah.. kesiannya baby ni..

“Kenapa lewat refer? Sebab dia aktif dan minum banyak macam biasa. Doktor pun tak nak refer sebab makan elok, aktif. Tapi, dia dah projectiles for 20days non stop. Urgently refer masa tu.”

Menurut seorang doktor ini menerusi perkongsiannya di Facebook, dia juga menyatakan yang bayi dibawah umur 6 bulan tidak digalakkan untuk minum selain air susu badan atau susu formula. Sebaiknya bayi diberikan susu badan walaupun sikit. Sebab perut bayi memang kecil, kalau dia lapar dia akan minum lagi.

Baby2

Dalam pada itu, bayi ini urgently operate pada malam tu juga. Wayar masuk ikut mulut, dia ditidurkan separa sedar. Puasa dari mula-mula refer pakar pagi tu sampai malamnya.

Semoga baby ni cepat sembuh…

Baca : “No more bedak lepas ni” – Doktor Jelaskan Sebab Kenapa Sapu Bedak Taalkum Berbahaya Kepada Bayi

Bedak

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.