Sikap pemurah seorang peniaga yang menawarkan air jagung percuma kepada wanita hamil mengundang rasa sebak golongan netizen terutamanya mereka yang bakal bergelar ibu.
Gambar peniaga itu yang kelihatan sugul dimuat naik seorang pengguna Facebook, Aten Leyana pada 26 Ogos lalu dan mendapat perhatian ramai selepas rata-ratanya tersentuh hati.
Apa yang membuatkan orang ramai lebih tersentuh adalah apabila membaca kadbod berwarna hitam di dalam gambar itu bertulis, “Free for Mummy pregnant. Doakan saya dapat cahaya mata. TQ.”
“Tak tahu macam mana nak cakap tapi sebak betul masa nak ambil air percuma tu. Dalam kita gembira dengan zuriat yang kita ada atau bakal ada, ada yang masih sabar menanti,” kata Aten.
Gambar tersebut turut mendapat perhatian serta tular di laman Twitter di mana kebanyakan netizen mendoakan agar dia menimang cahaya mata suatu hari nanti.
“Allahu sebaknya. Semoga rezeki untuk dapat cahaya mata akan sampai untuk dia dan orang yang masih tunggu.”
“Kita doakan supaya segera menimang cahaya mata, tetapi tuan badan jangan risau kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.”
“Semoga kelak Allah kurniakan abang pangeran kecil yang soleh dan solehah dan akan jadi sumber kebahagiaan abang dan isteri dunia akhirat.”
Menurut Malaysian Digest, peniaga yang bernama Dely itu turut memuat naik gambar berkenaan di akaun Facebook miliknya.
Bukan kadbod hitam itu sahaja mencuri tumpuan orang yang lalu lalang di sekitar Medan Mara, tetapi juga pakaian yang digayakannya ala-ala pahlawan berwarna hitam dan bertanjak.
“Baru je nampak abang ni tadi dekat Bangunan Mara. Ingatkan ada latihan silat ke apa,” gurau seorang pengguna Twitter.
Semoga abang ini dan isterinya dikurniakan anak dan rezeki melimpah ruah. Mari sama-sama kita doakan!
Baca: “Ingatkan minum air, rupa-rupanya budak itu makan maggi dalam….”