in ,

Disebalik Kegembiraan Harimau Malaya Rai Kemenangan Di Bilik Persalinan, Ramai Tak Perasan Syahmi Bersendirian Di Belakang…..

Featured Edited

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi Harimau mengaum dengan garang di laman Gajah Perang selepas memperoleh kemenangan menentang juara bertahan, Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.


Harimau Mengaum, Gajah Perang Terkulai

 

Gol yang diperoleh hasil jaringan Muhammad Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyamakan kedudukan 2-2 dengan Thailand, sekaligus pasukan kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menempah slot ke final menerusi gol di tempat lawan.

Saat yang paling mendebarkan bila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Thailand kerana kesalahan yang dilakukan Syahmi pada minit-minit akhir perlawanan.

Namun,luck buat Malaysia bila sepakan penalti tersebut melepasi palang gol dan keputusan seri kekal hingga wisel penamat.

Lepas je Malaysia diumumkan sebagai pasukan yang akan mara ke pentas akhir Piala AFF Suzuki, Zaquan Adha ada memuat naik rakaman video Harimau Malaya rai kemenangan di bilik persalinan.

https://www.instagram.com/p/BrA1MYig5_5/

Rata-rata netizen ucap tahniah kepada Zaquan dan semua pemain Harimau Malaya.

“Apek gaya xleh tahan tu..possing seketika sambil headbanging kecil..hahahahaha..”

“Tahniah terbaik hebat bt bosku2 semua menjadi kebanggaan rakyat malaysia menghadiahkan malaysia mara ke final..”

“Alhamdulillah tahniahhh…Smoga kemenangan berpihak pda negara kita lagik..Trima ksih player malaysia..Jasa mu d kenang utk rakyat malaysia..”

Komen Bola 1

Komen Bola 2
Sumber : instagram @zaqone_08

Kata-kata Semangat Buat Syahmi

 

Syahmi5
Sumber : blog

Cuma yang tak bestnya pada waktu tu, terlihat kelibat Syahmi di kerusi belakang sedang duduk dengan menundukkan kepala….mungkin dia rasa bersalah ataupun kecewa dengan apa yang berlaku malam tu sampai dapat kad merah.

“kesian tgok syahmi tu..xpe bro.. baekk dah game td.. red card dont care..congrats captain! Harimau tidur lena lah malam ni..orang sana pulak nightmare mimpi nang nak”

“oklah syahmi buat hand…kalau tak hand mungkin boleh gol thailand tu…hehe..”

Komen Syahmi 1

Komen Syahmi 2
Sumber : instagram @zaqone_08

Korg semua keep support Harimau Malaya sampai ke penghujungnya okay, jangan hangat-hangat tahi ayam je.

To Syahmi, jangan bersedih…anda hero kami, mungkin juga itu rahmat, sapa tau kalau bola tak terkena tangan, mungkin Thailand score lagi satu gol…cheer bro!

Baca : Harap mereka tidur lena malam ni-Penjaga Gol Thailand Janji Mimpi Buruk Buat Malaysia Pada Pertemuan Esok

Edited 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.