“Harap mereka tidur lena malam ni”-Penjaga Gol Thailand Janji Mimpi Buruk Buat Malaysia Pada Pertemuan Esok

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Woahhh….semakin panas nampaknya kisah pertemuan Malaysia Thailand yang merupakan seteru kuat tiap kali Piala AFF berlangsung.

Laluan Sukar Buat Thailand

 

Pada pertemuan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu, meskipun Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Thailand, itu sudah cukup untuk memberi laluan sukar buat skuad Gajah Perang itu mempertahankan kejuaraan mereka.

Meskipun ada yang kecewa kerana Harimau Malaya gagal menjaringkan sebarang gol pada pertemuan tersebut dan menang di laman sendiri, admin sendiri tengok skuad negara sudah melakukan yang terbaik pada perlawanan tersebut…come on guys, support sikit Team Malaysia.

Sumber : Fox Sports

Rasanya semua tau kan, separuh akhir kedua Piala AFF diantara Thailand dan Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala malam esok.

Penjaga Gol Thailand Bagi Amaran Buat Skuad Negara

 

So ketika press conference praperlawanan di Thailand hari ini, hmetro melaporkan penjaga gol Thailand Chatchai Budprom ‘menasihatkan’ pemain Harimau Malaya supaya tidur lena malam ini.

Korang nak tau sebab apa?

Sebab dia yakin anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala malam esok..perghhh! yakin giler kan.

“Pada perlawanan pertama, mereka memberi tekanan kepada kami tapi kali ini pasti berbeza. Kali ini kami akan beraksi di gelanggang sendiri”.

“Ini adalah gelanggang Gajah Perang dan saya harap mereka tidur lena malam ini kerana esok bakal menjadi mimpi buruk buat mereka,”

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya pemain berusia 31 tahun tu geram dengan pemain Malaysia yang memperlekehkan mereka selaku juara bertahan ketika seri 0-0 dalam pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Sumber : fam

Gajah Perang Ketar Lutut Beraksi Depan Penyokong Negara

 

Mana taknya, beraksi di depan lebih 80,000 penyokong Malaysia, skuad Gajah Perang itu tenggelam dengan asakan Harimau Malaya namun bernasib baik kerana gawang mereka tidak dibolosi…nampak tak, dorang pun cuak sebenarnya.

So disebabkan kejadian tu, Chatchai berharap penyokong Gajah Perang akan melakukan perkara yang sama dengan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada mereka malam esok.

“Saya tidak mahu menipu, sudah pasti kami juga tertekan tapi kami akan berikan aksi terbaik. Kami mahu penyokong Thailand datang memberikan sokongan kepada kami,”

Bangun…bangun…bangun harimau bangun, jangan tidur lagi seteru sudah datang

So guys, jangan lupa tunjukkan sokongan kita kepada skuad negara pada AFF Suzuki 2018 ni, tak kisahlah apa bangsa atau agama kita yang penting demi Malaysia!

Baca : Saya Tidak Mahu Mereka Tahu Kesusahan Saya Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Kini Jadi Gelandangan

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.