in

“Diperbuat daripada simen”- Rekaan Katil Seakan Bentuk Kubur Ini Cetus Tanda Tanya Pengguna TikTok

F1 Katil Simen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan balik rumah dari tempat kerja dah penat, sudah semestinya perkara pertama yang kita nak buat bila sampai rumah adalah mandi dan berehat. Jadi, ramai yang sanggup berhabis wang untuk membeli katil dan tilam yang paling best supaya tidur nyenyak dan tak terganggu untuk dapatkan rehat yang cukup.


Namun, tak pernah pula kita tengok ada katil yang diperbuat daripada simen dan jubin kan. Memetik laporan Liputan6, katil seumpama itu telah mendapat perhatian netizen sebab baru-baru ini, pengguna TikTok yang dikenali sebagai vanessa17127 telah berkongsi tentang tempat tidur tersebut.

Katil Simen 1

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan rekaan katil daripada simen itu mirip dengan bentuk kubur Cina.

Dalam video tersebut juga, wanita itu menanyakan sama ada katil itu untuk orang yang hidup atau orang dah meninggal disebabkan rekaannya yang jarang dibuat orang.

Katil Simen 2

Katil Simen 3

Rata-rata netizen juga tertarik dengan bentuk katil itu sehingga ada yang berpendapat mungkin pemilik rumah tu mahukan perabot yang mampu bertahan walaupun ketika dilanda banjir. Logik jugak tu, kalau kena banjir, mesti katil tu masih elok dan tak kembang sebab bukan diperbuat daripada kayu. 

Selain itu, netizen yang lain pula mengatakan katil itu juga tak akan rosak atau patah walaupun dah guna bertahun-tahun, jadi pemiliknya hanya perlu beli tilam je.

Photo 2021 10 09 10 58 34

Apa pendapat korang tentang reka bentuk katil ni? Apa-apa pun, citarasa setiap orang berbeza-beza, so kalau owner katil ni memang nak design macam ni, tu hak masing-masing la kan. 

Sumber: Liputan6, TikTok@vanesaa17127

Baca: “Cuma nak tunjuk katil tu kukuh”- Team Israel Teruk Dikecam Lepas Video Viral ‘Robohkan’ Katil Kadbod Olimpik

Katil Simen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.