Selepas lebih dua bulan Ashraf Sinclair pulang ke rahmatullah, sebentar tadi Bunga Citra Lestari telah memuat naik gambar kucing kesayangan arwah yang turut sama mengikut jejak langkah tuannya.
Menurut BCL, kucing arwah bernama Toni ni lemah lepas hampir dua bulan tak lalu makan. Dekat bawah ni adalah posting Instagram yang dikongsinya.
“Toni, terima kasih sebab dah bagi kegembiraan pada rumah kami selama ni. Kucing paling bijak dalam rumah ni dan masa favourite awak adalah “tengok cicak sambil didukung Daddy.
Saya tahu awak bergelut dan dua bulan ini merupakan masa yang paling sukar sebab awak tak faham apa yang berlaku… Awak tak lalu makan sampai awak makin lemah dari hari ke hari…
Rehatlah Toni, kami semua sayangkan awak. Awak akan dirindui, kirim salam pada Daddy (Ashraf) di sana. -Mommy & Noah-“
Para artis juga tak terlepas untuk mengucapkan takziah pada keluarga BCL.
Disamping ini, BCL juga sempat memberikan ucapan selamat berpuasa kepada peminat-peminatnya.