in

“Dia ckp takde duit nak makan” – [VIDEO] Ibu Terpaksa ‘Offer’ Phone Untuk Dijual, 4 Anak di Rumah Belum Makan

Ft Jualphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Realitinya, ramai yang terkesan dan terhimpit disebabkan pandemik Covid-19 dan keadaan semasa sekarang sehingga terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan wang. Ramai di luar sana yang tidak berkemampuan untuk membeli barang keperluan, barang makan bukan saja untuk diri sendiri tapi juga buat keluarga.


Itulah yang dilalui seorang ibu ini yang terpaksa membuat keputusan untuk menjual telefon bimbit demi mendapatkan wang membeli makanan buatnya dan anak-anak. Melalui perkongsian Shahril Runner di Tiktok, dia menceritakan bagaimana dia didekati oleh wanita tersebut ketika sedang berehat.

Katanya, dia disapa wanita tersebut yang menunggang motosikal dan menawarkan kepadanya untuk menjual telefon bimbit. Apabila ditanya, wanita itu berkata dia memerlukan wang untuk membeli makan dan minuman untuk 4 orang anaknya.

Dia cakap tak ada duit nak makan. Dari pagi tak makan. Anak dekat rumah pun tak makan. Mintak motor pun nak habis dah.”

Tiktok3

Kata wanita itu, dia mengambil upah dengan bekerja mencuci rumah orang namun ketika PKP ini dia hilang punca pendapatan menyebabkannya terdesak dan terpaksa menjual telefon bimbitnya.

Shahril ternyata memang sering melakukan kerja amal dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan jadi dia tidak membeli telefon bimbit wanita itu. Sebaliknya, dia menghulurkan wang dan meminta nombor telefon untuk datang ke rumah wanita terbabit bagi menghulurkan bantuan selebihnya.

@shahrilrunner_

Pengorbanan seorang ibu..?? #fyp #kerja #amal #taiping #perak

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

 

Ramai yang berterima kasih dan salute dengan kerja amal dilakukan Shahril dan turut meluahkan rasa simpati terhadap ibu tunggal itu serta mendoakan agar dia dimurahkan rezeki. Ada yang akui berasa sebak lepas tonton video itu serta berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan.

Baca: “Selamat ulang tahun” – [VIDEO] Tak Mampu Nak Beli Kek, Anak Tetap Happy Sambut Hari Jadi Dengan Pisang

Fi Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.