in

“Dia beli online” – Wanita 25 Tahun Meninggal Dunia Lepas Makan Puding Buih Yang Pakai Telur Expired

Puding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini min ada share bahayanya telur dah rosak mungkin boleh bawa maut, jadi kes ini dah terbukti apabila ada seorang dah kena. 


Sekitar satu minggu lepas, 99 orang di Terengganu dilaporkan terkena keracunan makanan selepas makan puding buih yang mereka beli online pada 22 Mei lepas. Makanan itu dikatakan mengandungi telur yang dah expired sehingga membawa maut kepada salah seorang pelanggannya.

 

Pakai telur yang dah 2 minggu daripada tarikh luput

Bernama Puding Buih Food Poisoning Terengganu 20200526
Siti hasnah, kena keracunan makanan menunjukkan gambar puding buih yang dibeli dari online dan dipercayai menjadi punca

Menerusi Malay Mail, wanita berumur 25 tahun itu meninggal dunia pagi semalam (3 Jun), dia sebelum ini dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 24 Mei dan dirawat di unit rawatan rapi selama 10 hari sebelum meninggal dunia.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, penyebab kematian adalah kejutan septikemia dan beberapa organ gagal berfungsi.

Kesemua 99 pesakit yang memakan puding buih tersebut dirawat di HSNZ dan beberapa pusat kesihatan selepas mengalami cirit birit muntah-muntah dan demam. Mangsa terdiri daripada 20 keluarga dan 77 daripadanya daripada Kuala Terengganu serta 22 dari Marang.

Pada 31 Mei, KKM ada tweet bahawa sumber keracunan makanan datang dari penggunaan telur yang telah tamat tempoh yang melebihi dua minggu setelah tarikh luput. Peniaga yang terlibat telah menggunakan telur yang telah habis tempoh penggunaan untuk membuat ‘puding buih’.

Kalau nak berniaga biarlah elok, jangan disebabkan nak cut cost dan dapat untung lebih ia boleh memudaratkan pelanggan tak pasal-pasal nanti makan diri.

 

Baca : “Boleh bawa maut” – Jangan Ambil Mudah! Ini Tanda-tanda Telur Dah Rosak

Telur

 

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.