in

“Degilnya ya ampun” – Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempuh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat

Untitled collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 30 kes baharu jangkitan wabak COVID-19 dicatatkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 3,842 kes. Manakala jumlah korban dicatatkan pula ada sebanyak 327 kematian. Ini menurut laporan yang diambil dari Jakarta Globe.

Kita tahu, Indonesia adalah sebuah republik yang besar justeru populasinya juga besar. Jadi agak sukar untuk pemerintah menguruskan rakyatnya ketika pandemik ini mula melanda negara itu — hinggakan ia kini diibaratkan sebagai bom jangka.


Di laman sosial baru-baru ini, bertebaran video menunjukkan sekumpulan jemaah berkerumun sambil menolak-nolak pagar masjid — meminta untuk dibenarkan masuk bagi menunaikan solat Jumaat.

Rakaman yang diperoleh ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1248981003625852929

Pengguna Twitter dari Indonesia sendirit turut berkongsi video sama dan memaklumkan kejadian itu berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura, Kabupaten Banjar Kalimantan Selatan pada 10 April lalu.

Difahamkan, ia berlaku setelah penduduk di situ tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat selama dua minggu berturut-turut dan bimbang sekiranya keadaan itu akan membuatkan mereka jatuh kafir dan murtad.

https://twitter.com/eko_kentudi/status/1248490993143316480

Apa pun, semoga situasi ini tidak terjadi di Malaysia. Dengan menjelang tibanya bulan Ramadhan tidak lama lagi — adalah baik kita menumpukan ibadah di kediaman masing-masing demi menjaga kesihatan orang awam secara keseluruhannya.

 

Baca: “Tangguh sampai Covid selesai baru puas raya” – Indonesia Umum Cuti Raya Ditangguh Ke Bulan Disember

Capture 9

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.