in

Dato’ Siti Dikecam

Page Ctdk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tibanya raya, dah menjadi tradisi untuk saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Ye lah, bila lagi nak jumpa. Kalau hari biasa busy dengan komitmen lain pulak kan.


Tapi baru-baru ni, Dato’ Siti Nurhaliza dikecam pulak sebab datang beraya di rumah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali. Aii, nak beraya pun tak boleh?

Ct3
sumber: instagram

So, ceritanya, Dato’ Siti dah upload gambar pergi beraya rumah Azmin di Instagram miliknya. Tapi nampaknya, ada segelintir mereka yang tak berapa berkenan dan kurang senang bila penyanyi yang baru bergelar ibu itu pergi berhari raya di rumah Azmin.

Ct2
sumber: instagram

Di ruangan komen, ada yang mendakwa Dato’ Siti ibarat penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) serta perli Azmin kerana menerima kunjungan raya daripada orang ternama je.

“Laa.. Penyokong tegar PH rupanya. Lalang kering rupa-rupanya. Unfollow ajalah.”

“Agaknya kami bukan artis ni nak beraya rumah MB boleh tak? Atau kami kena buktikan ada pangkat dan kaya raya baru boleh?”

Erkkk, nak beraya pun dipolitikkan ke? Sebelum ni masa Dato’ Siti upload gambar dengan ahli keluarga Datuk Seri Anwar, ada yang mempersoalkan sekiranya dia tidak berkunjung ke rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulak.

Dsa
sumber: instagram

“Tak ziarah raya ke rumah Rosmah Mansor dan Najib Razak ke @ctdk?”

“Lalang… Orang macam ni patut kena sembelih je”

“Woah, tahun ini @ctdk satu keluarga raya dengan VVIP”

Tapi Siti pun VVIP jugak apa…

Dalam dipersoalkan oleh mereka, ramai jugak yang tidak mengambil hal ini sebagai isu yang besar serta menasihatkan orang lain supaya tidak mempolitikkan semua perkara.

“Jangan cakap nak bodek pulak… Sebelum ni kenduri Ashraff dan Tya, dia jemput Azmin Ali dan family. Siap duduk semeja dengan Hishamudin. Sudah-sudahlah kaitkan dengan politik. Tak salah pun nak bersahabat.”

“Nak raya nak kaitkan dengan politik.. Dah kenapa netizen negative vibes ni.. Annoying sungguhlah.”

Ada-ada je lah korang ni, Dato’ Siti nak beraya pun tak senang. Ni kan musim ziarah menziarahi. Apa salahnya dia melawat Azmin Ali tu?

Semuanya nak dipolitikkan.

Sumber: Instagram

Baca: “Saya respect Dato Siti, tapi…”

Page Ct 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.