in

“Dahsyat” – Saintis Jepun Cipta Pelitup Muka Dari Sel Burung Unta, Bercahaya Kalau Ada Covid-19

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak tahu kalau kita dijangkiti Covid-19 atau pun tidak kan? Lagi-lagi kalau tak ada simptom. Entah-entah kita pernah je dijangkiti tapi tak sedar. Boleh jadi kan?


Mungkin disebabkan ini juga, saintis di Jepun telah mencipta pelitup muka yang bercahaya di bawah sinaran lampu ultraviolet (UV) bila dicemari dengan virus Covid-19.

Untuk pengetahuan korang, lapisan dari pelitup muka yang dicipta ini boleh dibuka dan bila disembur dengan cecair kimia dan diletakkan di bawah lampu UV, ia akan bercahaya kalau didapati ada virus Covid-19.

Glow 1.Jpg

Menurut dezeen, ketua kumpulan pengkaji dari Universiti Kyoto, Yasuhiro Tsukamoto ini mengatakan mereka mendapat idea dari burung unta yang diketahui mempunyai sistem imunisasi yang kuat.

Burung unta jarang mati disebabkan kekotoran, cedera ringan atau penyakit dan biasanya hidup selama 60 tahun.”

Burung Unta Eksotis.jpg

Disebabkan rahsia burung unta yang boleh hidup lama dan ketahanan dalam melawan penyakit berjangkit, Yasuhiro membuat keputusan untuk mengkaji antibodi burung unta ini.

Jika jangkitan virus ini boleh dikesan dengan meletakkan lapisan yang mempunyai antibodi burung unta ke pelitup muka yang digunakan hari-hari oleh hampir semua penduduk di seluruh dunia, orang yang dijangkiti tanpa simptom ini boleh dikesan dan dirawat dengan lebih awal.

Bukan tu je, alat ini juga sangat mudah digunakan dan tak mahal serta boleh mengelakkan ia dari merebak ke tubuh manusia.”

Selain itu, Yasuhiro juga berharap kaedah yang dihasilkannya ini dapat digunakan juga untuk virus lain supaya ia dapat dikesan dari peringkat awal.

Eh menarik jugak ciptaan terbaharu ni. Senang nak detect lepastu tak mahal. Ini yang kita nak!

 

Baca: Isu Pelitup Muka KF Palsu : Kedutaan Korea Buka Mulut, Beri Peringatan Penting!

Screenshot 2022 01 18 At 2.00.33 Pm

Sumber: dezeen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.