in

“Dah macam Kim Kardasian masuk Islam” – Foto Nabila Huda Jadi Che Ta Ini Jadi Perhatian Sebab…

Nab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa sahaja melibatkan aktres Nabila Huda sememangnya menjadi perhatian netizen baik dalam kerjaya mahupun kisah hidupnya.


Pernah viral mengenai isu pergaduhan bersama ibu tirinya, anak sulung bintang rock tanah air, Amy Search itu bagaimanapun dilaporkan sudah pun berbaik semula.

Kali ini kita beralih pula ke topik lain.

Hey! Siapa tak kenal Nabila Huda? Realitinya, bagi je apa watak sekalipun memang dia akan perform habis.

Unknown 1
Sumber: instagram

Terbaharu, akaun Instagram telah diserang peminat dan rakan-rakan artis hanya kerana memuat naik gambar Che Ta. Eh kenapa Che Ta?

Haaa rupa-rupanya gambar berkenaan adalah “jelmaan” Nabila selepas disolek dan ditatarias untuk menyerupai Che Ta bagi mengendalikan sebuah rancangan TV.

Unknownk
Sumber: instagram

Korang tengok sama tak?

Yang menarik perhatian adalah ramai rakan artis termasuk Che Ta tampil meninggalkan komen berbaur humor. Malah ada yang mengatakan wajahnya persis seperti Kim Kardasian yang memeluk Islam.

Che Ta juga dengan teruja mengakui wajah muka Abil dan style posing itu mirip dirinya. Hahaha

Unknownl
Sumber: instagram

Selain Che Ta, artis lain yang turut meninggalkan komen adalah Nazim Othman, Catriona Ross, Mimi Lana, Siti Sarah, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Baca: “Aduh masuk air lah dia ni!”- Peminat Terhibur Tengok Nabila Huda Parodi 999

Screen Shot 2019 08 10 At 9.01.06 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.