in

“Dah lah baru masuk kerja”- Pekerja Belasah Majikan Sampai Patah Tulang Hidung & Retak Rahang

Feat 32

Seorang pengusaha kedai pakaian mengalami patah tulang hidung dan retak tulang rahang selepas dibelasah pekerjanya sendiri.

Difahamkan dalam kejadian pukul 7 malam pada Selasa lalu, mangsa ditumbuk pekerjanya yang baru masuk kerja di salah sebuah premis di Langkawi Mall, Kuah.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek kelihatan bertindak menumbuk muka dan menolak jatuh mangsa berusia 55 tahun itu.”

“Suspek mempunyai motif untuk menyamun mangsa sewaktu dia datang meminta kerja sebagai pembantu kedai di kedai menjual pakaian itu.”-Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim

1 14

Menurut laporan, mangsa menerima suspek bekerja di premisnya namun tidak sempat mengambil butiran peribadi pekerjanya itu, Astro Awani.

Jelas Superintendan Mohd Iqbal, suspek dikatakan cuba samun mangsa sewaktu mangsa ingin menutup premis.

97967176 249826139439629 8659226609351393280 O

Mangsa dilaporkan mengalami kerugian RM5,000 dari hasil jualannya selepas dilarikan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyenn 394 Kanun Keseksaan.

 

Baca : Alamat tu tak wujud 30 Rider FoodPanda Kena Prank, Ada Individu Order Banyak Makanan Suka-Suka

Foodpanda

Sumber: Astro Awani