in

Dah Cuba Sejak 17 Tahun Lalu, Lelaki Di Poland Ini Gagal Ujian Memandu 192 Kali

Dah Cuba Sejak 17 Tahun Lalu Lelaki Di Poland Ini Gagal Ujian Memandu 192 Kali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gagal ujian memandu bukanlah sesuatu perkara yang jarang didengari. Ada sesetengah orang perlu untuk retake ujian mereka buat kali kedua atau ketiga barulah mereka dapat memegang lesen memandu yang sah.


Practical And Theory Driving Test E1616209749615
Gambar hiasan

Tapi, bagi seorang lelaki di Poland ini, perjalannannya untuk mendapatkan lesen memandu mungkin lebih mencabar berbanding orang lain kerana dia sudah 192 kali gagal untuk melepasi ujian memandu di negaranya.

Angka itu dilaporkan adalah yang tertinggi pernah direkodkan di negara itu.

Lelaki berusia 50 tahun itu dilaporkan mula menduduki ujian memandu semenjak 17 tahun lalu namun keputusannya tidak berubah dan dia masih gagal mendapatkan lesen memandu.

Gettyimages 492644377 59Ee1Eecd963Ac0010C5Df47 E1616209929512
Gambar hiasan

Menurut laporan media tempatan, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu sudah menghabiskan wang berjumlah 6,000 zloty (RM6,357.46) sepanjang hampir dua dekad dia mencuba untuk mendapatkan lesen memandu.

Untuk pengetahuan, Poland tidak menetapkan had percubaan bagi calon untuk retake ujian teori atau praktikal. Pun begitu, kes melibatkan lelaki ini yang berlaku di Piotrków Trybunalski menimbulkan beberapa rasa gusar pada orang ramai.

Kata jurulatih memandu, Stanislaw Kobusiewicz, Poland sepatutnya menetapkan undang-undang yang tidak membenarkan calon yang gagal ujian lebih daripada 20 atau 30 kali untuk menduduki ujian memandu.

“Individu yang ‘ignorant’ tentang undang-undang jalan raya dan tidak tahu undang-undang tidak patut dibenarkan memandu di jalan raya. Jika mereka diberi kebenaran, ia akan mendatangkan bahaya pada pengguna jalan raya lain,” katanya. 

Apa pendapat anda?

Sumber: Notes from Poland

Baca: Tak Dapat Terima Kenyataan Gagal 4 Kali Ujian Memandu, Lelaki Acu Pisau Sayur Kat Pegawai JPJ

Jpj E1616205897149

Sumber: Google Image
Sumber: The Balance

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.