in

Cikgu Cantik Berbusana Tradisi Sabah Semasa Mengajar Kelas Online, Akui Perlu ‘Enjoy’ Setiap Detik Mengajar

Ft Cikgu Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sudah bergelar seorang pendidik, suda pasti pelbagai idea dan usaha akan dilakukan untuk mempelbagaikan teknik penyampaian modul pengajaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar.


Terutama sewaktu musim PKPB ini, sekolah-sekolah tidak lagi dibuka buat sementara waktu menyebabkan para guru dan pelajar-pelajar ini perlu meneruskan pembelajaran secara online.

Tetapi, kalau dah nama pun belajar secara online di rumah, sudah pasti tak semua pelajar berminat ‘memunculkan’ diri untuk belajar bukan?

Dekat sekolah pun tidur, dekat rumah apatah lagi kan. 

 

‘Sakan’ berbusana tradisional Sabah

Bagi mengatasi situasi ‘malas’ belajar sewaktu kelas online ini, seorang guru yang berasal dari Sarawak yang dikenali sebagai Cikgu Nancy ini telah mengambil inisiatif dengan bergaya ‘sakan’ dengan memakai busana tradisional untuk menarik pelajarnya untuk menyertai kelas online.

Baru-baru ini beliau telah memuat naik beberapa fotonya yang sedang mengajar kelas online yang diadakan pada awal pagi semalam di laman Facebooknya @Nancy Maria yang berjaya menarik perhatian netizen.

Cikgu Lawa

 

Awal pagi berhias untuk mengajar online

Apa yang mencuri perhatian, guru ini kelihatan anggun dan cantik menawan apabila dilihat tampil mengenakan sepasang busana tradisional Sabah daripada suku Dusun Tatana, Kuala Penyu semasa sedang menjalankan kelas online tersebut.

Berdasarkan caption yang dimuat naiknya, beliau dikatakan telah bersiap sedia untuk berhias seawal pagi lagi untuk menjalankan kelas online melalui aplikasi google meet.

Cikgu Fb

 

Akui perlu ‘enjoy’ detik mengajar

Menurut wanita itu, walaupun bukan mudah untuknya mengajar para pelajarnya secara online, namun beliau masih berusaha untuk menikmati dan ‘enjoy’ dengan setiap detik mengajar itu.

Tambahnya lagi, pemakaian busana tradisional tersebut juga dikhaskan sebagai tatapan rakan-rakannya yang berada di Sabah dan Labuan untuk menghormati budaya masyarakat yang berlainan di Malaysia.

Usaha yang dilakukannya itu membuahkan hasil apabila anak-anak muridnya yang berada di Tingkatan 6 itu kelihatan ceria dan bersemangat sewaktu belajar secara atas talian.

Cikgu Paece

Cikgu Anak Murid

 

Netizen terpukau dengan kejelitaan guru ini

Feat Cikgu

Penampilan guru ini yang ‘unik’ semasa mengajar kelas online berjaya meraih perhatian netizen yang kagum dengan personalitinya yang menarik dan mesra pelajar. Bukan setakat itu, ada juga yang turut terpukau dan memuji kejelitaan guru ini yang bangga mengenakan busana tradisonal.

 

“Berjam-jam belajar online pun tak apa” – Netizen

Komen Fb 2 2

Komen Fb

Cikgu cantik macam ni, bukan setakat anak murid je semangat nak belajar kan. 

Baca: “Masa tu baru 19 tahun” – Viral Gambar Cikgu Cantik Berkebaya Tahun 1960an, Ini Rupanya Kisah Sebenar… Baca Cikgu

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.