Pelakon yang membawa watak ‘Captain America’, Chris Evans telah dinamakan sebagai sexiest man alive untuk tahun 2022 oleh People Magazine baru-baru ini dan perkara tersebut diumumkan dalam satu rancangan bual bicara The Late Show with Stephen Colbert.
Menurut Chris Evans, gelaran tersebut dirasakan janggal untuk dibanggakan olehnya kerana walaupun dengan gelaran tersebut, dirinya masih bujang di usia yang sudah mencecah 41 tahun.
Pun begitu, beliau dikatakan tidak sabar untuk kongsikan berita tentang perkara tersebut kepada ‘peminatnya’ yang paling fanatik iaitu ibunya.
“Ibu saya pasti sangat gembira, dia sentiasa berbangga dengan apa sahaja yang saya buat dan ini pastinya sesuatu yang dia boleh dimegahkan olehnya”
Namanya mula dikenali dan popular selepas membintangi siri televisyen bertajuk ‘Opposite Sex’ pada tahun 2000 sebelum membawakan watak Steve Rogers / Captain America dalam filem Marvel, Avengers : Endgame pada tahun 2019.
Disebalik kejayaannya di Hollywood, beliau mempunyai banyak keinginan yang belum dikecap di luar dunia lakonan termasuklah berkahwin dan menimang cahaya mata.
Tambahnya lagi, ada beberapa perkara yang dia sendiri mahukan dan ada kalanya ianya dilakukan untuk keluarga dan sahabat handai.
Evans berkata, saat paling menyeronokkan dalam kariernya ialah dia kini mampu untuk berada dalam fasa selamat meskipun kurang penampilan dalam industri perfileman selain bebas memilih ‘job’ yang mencabar dan disukainya.
Walaupun dia masih cuba untuk membiasakan diri dengan gelaran terbarunya tersebut, dia memberitahu wartawan bahawa perkara tersebut pasti akan menjadi kenangan yang paling manis apabila usianya meningkat nanti.
Baca : Ramai Teruja Chris Evans Luah Hasrat Nak Fokus Cari Pasangan Seumur Hidup!