in

“Cantik tapi rupa dah macam Valak”- Peminat Kecam Penampilan Alyah Seperti Rahib

Alyah Featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah jadi artis mahupun public figure, kelakuan dan penampilan adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dititikberatkan. Jikalau tidak, maka bersiap sedialah dengan kecaman bertubi-tubi yang bakal dilemparkan oleh netizen. Masa tu bernanah la telinga dengar komen netizen.


Baru-baru ini, penyanyi, Datin Alyah menjadi mangsa kritikan netizen apabila penampilannya pada satu acara nyanyian tampak seperti seorang rahib.

Datin Alyah
sumber: instagram

Ketika ditemubual oleh Astro Gempak, Alyah menegaskan dia tidak sesekali berniat untuk mencetuskan kontroversi dengan memakai pakaian menyerupai rahib.

Jelas Alyah lagi, skaf yang digayakan secara santai itu adalah bagi memudahkan pergerakannya sempena sebuah acara di ibu kota minggu lalu. Alyah juga tidak sangka bahawa penampilannya itu bertukar menjadi isu besar sehingga melibatkan agama.

Alyah Selfie
sumber: instagram

“Saya sukar untuk menyanyi apabila bahagian hadapan leher saya terhalang, jadi saya memutuskan untuk mengikat skaf itu ke belakang leher seperti gaya mak cik jual pisang goreng.”

“Kebetulan warna pakaian yang saya pilih untuk acara berwarna hitam dan putih bagi menepati tema formal yang diberi,” ujar isteri kepada Dato Ramli MS itu.

Alyah Ootd
sumber: instagram

Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu bagaimanapun memuat naik caption di Instagram bagi menjelaskan isu penampilannya dan bertindak menutup ruang komen untuk mengelakkan isu tersebut berlarutan.

Alyah
sumber: instagram

Berikut adalah antara komen-komen yang sempat netizen screenshot sebelum Alyah menutup ruangan komen di Instagram miliknya:

Comment 2
sumber: astro gempak
Comment 3
sumber: astro gempak

Takyah layan keyboard warrior macam ni Datin. Buang masa je. Datin tetap cantik pakai fesyen apapun di mata kami dan mata Tokram!

Baca: ‘Mana tau rezeki dapat berduet…’ – Fazura Kongsi Detik Manis Bertemu Selena Gomez

Sel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.