in

“Caci & kritik tu berbeza YB” – Pelatih KBS Dikata ‘Caci’ Menteri Belia & Sukan Terima Surat Tunjuk Sebab, Tapi Ini Respon Syed Saddiq

Featured Image Surat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni, kalau korang perasan, ramai rakyat Malaysia yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk meluahkan pendapat masing-masing.


Kadang-kadang tu, bila ada sahaja perkara yang mereka tidak berkenan dan bersetuju, mula lah keluar kritikkan dan pendapat tersendiri. Maklumlah, negara kita kan mengamalkan kebebasan bersuara.

Baru-baru ni, kecoh di laman media sosial mengenai tindakan Jabatan Belia Dan Sukan Negara yang mengeluarkan surat terhadap seorang pelatih dalam Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dikatakan telah mencaci Menteri Belia Dan Sukan, iaitu Syed Saddiq.

Sebelum ini, individu yang dikenali sebagai @Shakiriff telah meninggalkan komen yang kelihatan seperti dia mengkritik menteri itu.

Eou Gwcucaub0Sm
Sumber: twitter

 

Eou Gweuyauuqeq
Sumber: twitter

Melalui tweet dan perbualannya di Twitter tersebut, jelas kelihatan bahawa pemuda ini hanya mengkritik dan mempersoalkan kelayakkan Syed Saddiq sahaja.

“Caci dan kritik tu lain ye YB”

Namun, perkara ini menjadi lebih hangat apabila Syed Saddiq sendiri telah memuat naik tweet yang mengatakan bahawa dia telah mengarahkan pegawainya untuk berhenti meminta surat tunjuk sebab selepas pelatih tersebut dikatakan mencacinya.

Saya dimaklumkan ada pelatih KBS yang menerima surat tunjuk sebab kerana mencaci saya. Saya arahkan Pegawai KBS memberhentikan praktis ini.

“Saya terima kritikan dengan hati yang terbuka. Dahulu saya dibuang kerja kerana kritik BN,” katanya

Namun, ramai netizen memperbetulkan istilah yang digunakan oleh Syed Saddiq di mana sebenarnya pelatih tersebut hanya mengkritiknya dan bukan mencaci beliau.

Rasanya dia kritik tu YB, bukan caci.

Caci 1
Sumber: twitter

 

Caci 2
Sumber: twitter

 

Caci 3
Sumber: twitter

Betul juga ye, kritik dan caci tu jauh beza maksudnya.

 

Baca: “Apasal pulak luka tak boleh tutup?” – Doktor Jelaskan Fitnah Segelintir Individu Terhadap Syed Saddiq

Wayae

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.