Korang pernah tak dapat gelaran yang pelik-pelik hanya sebab pakaian yang korang pakai? Tak kesah lah sama ada kawan-kawan yang gelar atau stranger. Pernah tak?
Baru-baru ni, seorang lelaki telah berkongsi sekeping gambar resit pesanan yang dianggap telah menghinanya kerana staf yang bekerja pada waktu itu meletakkan nickname ‘sweater hodoh’.
Menurut portal Mirror, lelaki berkenaan pada ketika itu pergi membuat pesanan di sebuah restoran makanan segera yang dikenali sebagai Chic-Fil-A bersama teman wanitanya.
Dia pada mula tidak tahu mengenai perkara itu sebelum dia terlihat perkataan tersebut tertera dalam resit pesanannya.
Setelah dia memuat naik gambar tersebut di laman Twitter miliknya, ramai netizen yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa dan mengatakan bahawa staf tersebut tidak profesional.
https://twitter.com/Zin_Zaddy/status/1199076743186747397?s=20
Lelaki ini juga memuat naik gambar dia sedang memakai sweater tersebut dan resit pesanan. Dia turut berkata bahawa berasa kecewa dengan tindakan staf tersebut.
Tambahnya lagi, dia turut menegaskan bahawa resit pesanan tersebut bukanlah resit pembayaran seperti biasa. Kemungkinan staf tersebut terbagi resit itu semasa pesanan diberikan.
Alamak, ni terkantoi betul ni. Admin rasa staf tu memang tersalah bagi. Dan nak buat macam mana, benda pun dah terlepas dekat customer. Apa pun, lepas ni kena lah lebih professional.