in

“Bukan saya”- Tan Sri Dr Noor Hisham Nafi Pegang Jawatan COO Sebuah Syarikat Perlombongan di Labuan

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam mendepani pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi terpalit dengan spekulasi yang melibatkan dirinya.


Terkini, gambar peribadi beliau dipercayai telah digunakan dalam sebuah laman sesawang milik syarikat perlombongan permata di Labuan.

A2

Syarikat yang dikenali sebagai ‘Kashi Mining’ mendakwa DG Hisham merupakan salah seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi syarikat itu.

Namun, dakwaan itu telah diselar oleh DG Hisham sendiri melalui sebuah tweet di Twitter miliknya sekaligus  mendakwa ia adalah palsu.

 

Menerusi laporan Berita Harian, pemeriksaan di laman sesawang syarikat yang kononnya berpangkalan di Jalan Patau-Patau, Labuan itu menggunakan gambar Dr Noor Hisham sebagai COO, namun menukar namanya kepada Aidan Razif.

A3

 

 

DG Hisham juga turut berkongsi pautan laman sesawang syarikat tersebut. Namun hasil carian mendapati tiada sebarang info malah laman sesawang tersebut tidak lagi berfungsi.

A A1

 

Baca: “Hero negara!” – DG Hisham Puji Artis Yang Abadikan Muka Beliau Sebagai Mural

A5

Sumber: The Star
Sumber: Twitter
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.