in

“Bukan malas, cuma tak sekolah & buta huruf” – Pak Cik Viral Dedah Kisah Waktu Muda

Hadi5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun Carl Samsudin telah pun bersemuka dengan gelandangan warga emas berusia 60-an itu dan membuat permohonan maaf, nampaknya isu ni masih belum berpenghujung dan ramai pihak termasuk para artis datang menjenguk pakcik itu.



Salah seorangnya adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Dhila Fadhilah. Umumnya, warga emas yang lebih dikenali dengan panggilan pakcik Hadi itu telah memaafkan dan menyatakan bahawa dirinya tidak berkecil hati dengan Carl ketika membuat taklimat motivasi tempoh hari.

 

Dia cakap masa muda dia bukan malas cuma….

Dalam perkongsiannya, Dhila kongsikan perkara sebenar. Seperti yang kita sedia maklum, dalam video viral baru-baru ni, usahawan tersebut mempersoalkan kisah lampau pakcik Hadi samada menyesal atau tidak main-main masa muda-muda dan malas.

Namun begitu, ketika bersemuka, Dhila menyatakan bahawa semasa pakcik Hadi muda dahulu, dia bukanlah seorang yang pemalas.

Pakcik Hadi seorang yang buta huruf, malah dia menyatakan bahawa dia dahulu tidak sekolah kerana datang daripada keluarga yang susah.

Dia bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah pejabat mahkamah. Katanya lagi duit simpanan KWSP dia gunakan bagi tujuan upah haji untuk ibu bapanya.

227357934 4152026921499541 6734320949770293655 N

Dalam pada itu, ramai netizen yang bersimpati, terharu apabila mengetahui kisah pakcik Hadi ni, tak kurang juga ada yang masih marah dengan usahawan tersebut.

Hadi2 1 Hadi 1

Apapun, kami dari Team Lobak Merah juga mengharapkan bahawa pakcik Hadi juga sentiasa murah rezeki.

 

Baca : “Saya serah pada Tuhan” – [VIDEO] Pakcik Viral Akhirnya Buka Mulut, Akui Tidak Kecil Hati

Ft Pakcik Gelandangan Viral Buka Mulut Respon

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.