Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menanggalkan baju yang dipakai lalu memberikan kepada seorang gelandangan menjadi tular di media sosial.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @afhiaffandy, lelaki yang dikenali sebagai Haji Wan dilihat menanggalkan baju putih dalam jubah yang dipakai untuk diserahkan kepada seorang gelandangan yang hanya berseluar panjang di tepi jalan.
Dalam video berdurasi 39 saat itu, suasana ketika itu dipercayai baru selepas hujan apabila jalan raya masih lagi basah. Difahamkan, momen yang dikongsikan itu berlaku di Jalan Satok, Kuching, Sarawak.
Artikel berkaitan: “Pahala berterusan” – Pasang Penanda Kiblat Di Surau, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Orang Ramai
Tindakan pakcik itu berbuat demikian kerana mungkin melihat gelandangan terbabit dalam kesejukan.
Bukan sahaja memberikan baju kepada gelandangan itu, pakcik tersebut juga dilihat membelikan makanan di gerai berhampiran kepadanya.
“Semoga Allah terima amal kebaikan Tuan Haji Wan Alamshah,” tulis pengguna TikTok itu.
@afhiaffandy Semoga Allah terima Amal Kebajikan Tuan Hj Wan Alamshah MasyaAllah Tabarakallah….. Seorang yang kmk niat dari kmk orang “angkat tuboh “mbak kata urang tua…. Hidup Hj wan tok xjauh dari Amal kebajikan …. maseh ingat kata2 nya ngan kmk orang dolok…”xmampu kita kenyangkan orang ,cukup nangga orang yang kita bantu senyum…” Allahu…..Moga menjadi Asbab mengajak orang lain dalam Fastabiqul Khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan💚 Alhamdulillah hidup kita maseh ada serba sedikit kemampuan…ada orang xmerasa tilam yang empuk,makan dgn tenang,rumah yang selesa…pakaian yang baik…. kita jak kurang bersyukur😞😞😞 Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dgn hati yang tenang💚 #fypシ #fyp #sarawaktiktok #fyp
Kongsi kebaikan pakcik
Dalam hantaran itu, pengguna TikTok turut mendedahkan sikap mulia pakcik tersebut yang dikatakan suka menyantuni individu lain.
Malah, pakcik itu pernah berpesan supaya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan berusaha membuat orang lain tersenyum meskipun tiada wang ringgit.
“Allahu. Moga menjadi asbab mengajak orang lain dalam fastabiqul khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan. Alhamdulillah hidup kita masih ada serba sedikit kemampuan.
“Ada orang tak merasa tilam yang empuk, makan dengan tenang, rumah yang selesa, pakaian yang baik. Kita je kurang bersyukur.
“Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dengan hati yang tenang,” tulisnya.
Menurut seorang netizen, dia yang pernah terserempak dengan pakcik ini mendedahkan beliau sentiasa peka mencari orang susah.
Tindakan pakcik ini telah mengundang sebak orang ramai dan rata-rata mendoakan kesejahteraannya.
Sumber: TikTok