Tak dinafikan, ada sesetengah orang ni, level kreativiti diorang memang kelangit. Sebab tu ada diantara diorang yang boleh ubah suai sesuatu benda supaya ia boleh digunakan semula sebagai benda lain.
Seorang lelaki dari Indonesia ini juga boleh masuk kategori mereka yang terlebih jus kreativiti selepas videonya menunjukkan hasil ubah suai pada sebuah peti sejuk lama yang ditukarkan menjadi pintu tandas.
Memetik laporan suarajogja, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menunjukkan pada netizen menerusi sebuah video mengenai hasil ubah suainya pada sebuah peti sejuk lama.
Tengok dari luaran, memang sejibik je macam peti sejuk yang biasa kita tengok tapi bila dibuka dalamnya, bukan compartment seperti yang selalu dilihat ada di dalam tapi peti sejuk itu kini menjadi seperti pintu untuk ke tandas.
Korang boleh tengok video tu kat bawah:
https://www.instagram.com/p/ChYns4MMyKr/
“Selalu bukak peti sejuk auto lapar, ni kalau terbukak auto muntah” – netizen
Setakat artikel ini ditulis, video ini sudah ditonton lebih sejuta kali dan menerima pelbagai komen daripada netizen. Rata-ratanya kagum dengan kreativiti lelaki ini yang bijak menggunakan semula peti sejuk lama yang biasanya dibuang saja. Tak kurang juga yang tertanya-tanya bagaimana mahu mengunci pintu tandas terbabit dari dalam.
“Tak boleh bayangkan muka konfius tetamu bila tanya tandas kat mana & ditunjuknya peti sejuk,” komen netizen.
“Macam mana nak kunci tu dari dalam? Kan pintu peti sejuk dibuka dari luar,” tanya pengguna lain pula.
Sumber: Suarajogja
Baca: Nelayan Terapung Dalam Peti Sejuk Diselamatkan Selepas 11 Hari Di Laut