Ramai netizen yang bitter dengan pertunangan pelakon Intan Najuwa bersama jejaka pilihan yang umur jarak 16 tahun tu.
Lebih teruk lagi bila mereka menggelarkan usahawan tersebut sebagai mesin ATM kepada Intan kerana skeptikal dengan gadis muda bersama lelaki yang lebih matang.
Aturan Allah itu cantik, itu namanya jodoh”
Disebabkan itu Intan akhirnya bagi respon memandangkan ia menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.
Sebagai wanita biasa, Intan sendiri tak rasakan soal jodoh ni tak boleh dibuat main-main. Tambahan pula dia memilih lelaki tersebut bukanlah kerana wang tapi sikap keperibadiannya.
Tambahnya lagi soal fizikal dan rupa bukanlah perkara utama, apatah lagi rupa. Sikap tunangnya yang matang dan pandai membimbing dirinya itu yang telah menambat hati Intan.
Malah menurut Intan, dia tidak pernah berkasar dan tinggikan suara kepadanya.
Kenyataan itu dimuat naik melalaui Instastory, tapi di kongsikan balik di Twitter . Itu pun masih ramai lagi yang bitter.