Selepas menghadapi masalah rumah tangga, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada telah membuat keputusan untuk menjual biskut celup yang diberi nama Shelup Shelup Satu Tak Cukup bagi menampung kehidupan dia dan dua orang anaknya.
Namun begitu, biskut yang dijual Shuhada ini telah mendapat kritikan oleh netizen yang rata-ratanya terkejut dengan harga yang diletakkan oleh wanita ini.
Untuk pengetahuan korang, Shuhada telah menjual biskut berkenaan dengan harga mencecah hingga RM179 dan tambahan RM15 untuk cas penghantaran.
Ramai netizen mengatakan yang mereka tak mampu untuk membeli produk yang dijual oleh Shuhada ini walaupun mempunyai niat untuk menolong ekoran tak mampu.
Bukan cap ayam
Disebabkan ini, Shuhada melalui Instagram telah tampil menjelaskan kenapa biskut celupnya itu dijual dengan harga sedemikian.
Menurutnya, di dalam satu kotak #ShelupShelup, terdapat sebanyak enam jenis biskut menjadikan kepelbagaian pemilihan rasa untuk orang yang membeli.
Selain itu, Shuhada turut menjelaskan bahawa dia telah memakai bahan-bahan premium untuk sos celupnya dan bukan jenama cap ayam.
Dipping sauce kita bukan dipping sauce cap ayam. Bukan dipping sauce murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu.
First, Shu bagi nama Milky Chocolato yang obviously flavor milk chocolate yang famous satu dunia. Semua pun familiar.
Second, Bueno Bueno yang filling Kinder Bueno hazelnut white chocolate tu.
Lastly, Caramel Sauce ala ala dessert kat hotel 5 bintang. Teringat buka puasa kat hotel.”
https://www.instagram.com/p/Cp6yfivS_mW/
Tak cukup dengan itu, wanita ini turut mengatakan yang di dalam kotak yang dijualnya itu turut disediakan serpihan biskut (crumbs) Oreo dan Biscoff yang rata-rata dah tahu harganya tak murah.
Walaupun harga yang diletakkan agak mahal, Shu jamin kesemua yang diberikan adalah dari bahan premium.
Crumbs pula, bukan crumb biasa ya. Biscoff and Oreo. Nak cicah dua crumbs sekali pun bolehhhh. harga biscoff and oreo tak murah ya. Kita kata premium, kita bagi premium.
Harga memang bukan untuk makan sorang. Kuantiti dalam pun boleh share satu keluarga. Jadi, ni pack Raya yang berbaloi untuk satu family kongsi.
Shuhada turut menjelaskan yang dia akan mengeluarkan single flavor pack selepas raya nanti supaya orang semua dapat merasa produknya.
“Tak berbaloi”
Walaupun telah membuat penjelasan, rata-rata netizen yang komen masih tidak berpuas hati dengan harga yang diletakkan lebih-lebih lagi dengan ekonomi sekarang.
Maybe Shu boleh kaji balik kot harga, ramai ni yang nak support tapi tak mampu…
Baca: “Harga RM179” – Ramai Terkejut Tengok Harga Biskut Jualan Nurul Shuhada Mahal