Berikutan dengan kesilapan pihak Malaysia Basketball Association (MABA) menggunakan bendera Malaysia yang salah sewaktu menyanyikan lagu Negaraku itu mendatangkan kemarahan ramai pihak, Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq turut terpanggil terhadap isu tersebut.
Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA.” – Syed Saddiq
Bendera yang sepatutnya mempunyai 14 bucu bintang dan jalur itu diubah menjadi 11 jalur dan 5 bucu itu telah mengundnag kemarahan orang ramai.
Biarpun pihak MABA telah membuat permohonan maaf atas kesilapan mereka, sebab yang mereka tidak sengaja itu membuatkan Syed Saddiq sendiri tak dapat terima alasan tersebut.
Saya tidak terima alasan “tersilap bendera”
Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA.
Saya sudah arahkan pejabat PJS siasat & ambil tindakan dengan segera.
Kita marah jika orang asing perlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana? pic.twitter.com/HEsU8gtbd4
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 26, 2019
Baginya alasan ‘tersilap’ bendera itu sama sekali tak logik. Berang dengan kecuaian dalam mengendalikan acara sukan tersebut.
Disebabkan itu, Syed Saddiq telah mengarahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk siasat dan mengambil tindakan dengan segera.
Dalam pada itu ia telah menimbulkan bermacam-macam reaksi netizen, malah ada juga campur tangan warganet dari negara seberang.
Siap ada yang berbalah mereka ungkit insiden bendera Poland dan Indonesia yang pernah terjadi semasa sukan SEA tahun 2017 lepas dekat ruangan Twitternya.
Malaysia basketball association konon, bendera malaysia sendiri salah – Netizen
Malaysia basketball association konon, bendera malaysia sendiri salah, pastu acah2 nak minta maaf kat page fb, carik pasal la puak2 ni pic.twitter.com/tIvZ9pNlut
— ISHAMUDIN (@mdotisham) November 25, 2019
Apa pun abaikan topik tu, yang salah tetap salah. Macam Syed Saddiq katakan, kalau orang asing perlekehkan bendera Malaysia, kita marah, jadi memang patut juga kita buat benda yang sama kalau rakyat sendiri yang tak tahu bendera negara sendiri.