Sebelum ni pernah berlaku kesilapan di mana ada pihak yang menggunakan bendera Malaysia dalam menjayakan sesuatu program tetapi bendera yang digunakan itu bukanlah bendera jalur gemilang.
Terbaru, tular di laman Facebook Mynewshub, mengenai kesalahan memaparkan bendera jalur gemilang semasa nyanyian lagu Negaraku semasa kejohanan bola keranjang peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Malaysia Basketball Association.

Menurut sumber, gambar tersebut merupakan daripada kejohanan bola keranjang peringkat kebangsaan.
Bintang dalam bendera yang salah itu cuma mempunyai 5 bucu dan 11 jalur sahaja yang mana ia sememangnya bukan bendera jalur gemilang.
Apa yang lebih mengecewakan, bendera palsu itu, ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku sebelum acara bermula.

Namun begitu, perkara ini tidak di pandang remeh oleh netizen kerana bagi mereka pihak penganjur lebih peka dengan perkara ini dan tidak sepatutnya berlaku.




Tapi, pihak Malaysia Basketball Association (MABA) telah membuat permohonan maaf mereka secara terbuka di laman Facebooknya.
Mereka mengakui kesilapan dan apa yang berlaku dipercayai tidak di sengajakan.

Bagi admin, sepatutnya perkara macam ni memang tak sepatutnya berlaku. Yelah kalau korang google sendiri pun bendera Malaysia, mesti akan keluar jalur gemilang mempunyai bintang yang ada 14 bucu dan jalur yang ada 14 serta bulan sabit.
Baca: Netizen Kecoh Bendera Terbalik Sewaktu Perarakan, Tapi Sebenarnya…