in

“Buat masa ini saya tiada masa layan orang gila atau benda gila”- TMJ

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral tentang isu seorang ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal yang didakwa menghina Sultan Johor menerusi akaun peribadi Instagram miliknya.


Walau bagaimanapun, perkara tersebut dipercayai berlaku atas kecuaian kakitangan individu tersebut yang mempunyai akses terhadap akaun Instagram peribadinya.

 

Tak ada masa layan benda remeh

Kebetulan pula semalam Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau juga dikenali sebagai TMJ ada memuat naik InstaStory di akaun Instagram miliknya dengan memberitahu tak ada masa untuk layan benda-benda remeh. 

“Buat masa ini saya tiada masa melayan oran gila atau benda gila.”

Photo6174622878436273003

Selain itu, TMJ juga beritahu yang fokusnya sekarang hanya mahu membantu rakyat dengan apa jua cara selagi dia mampu.

“Saya hanya mahu memberi tumpuan untuk bantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu.”

 

Nasihat untuk guna media sosial secara sederhana

Dalam pada itu, TMJ juga berkongsi kisah tentang kehidupannya yang semakin baik sejak kurang menggunakan media sosial.

“Saya mula sedar hidup saya bertambah baik dari segi mental, spiritual dan fizikal sejak saya ambil keputusan untuk hidup dalam dunia yang nyata dan bukan lagi di media sosial.”

Photo6174622878436272987

Tidak menghalang masyarakat guna media sosial, TMJ cuma beri nasihat kepada masyarakat untuk menggunakan media sosial secara bersederhana. Kalau cuma nak berkongsi gambar, terus berhubung dengan kawan-kawan dan membaca berita yang tidak toksik di media sosial, perkara seperti itu dianggap perkara biasa.

“Hidup ini singkat. Lebih baik hidup di dunia sebenar dengan buat perkara berfaedah yang dapat memanfaatkan diri dan orang tersayang.”

Media sosial ni kalau kita guna untuk tujuan yang baik, mesti banyak manfaat yang kita boleh bagi dekat orang lain. So, korang gunakalah media sosial sebaik mungkin okey?

 

Sumber: Instagram TMJ

Baca:”Tuanku selalu beri semangat pada saya”- TMJ Sumbang RM 200K, Ebit Lew Guna Untuk Beli Gajet Bantu PdPR

Capture 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.