in

“Buat apa nak malu” – Bekas Vokalis Kumpulan Rock Terkenal Kini Ambil Upah Kutip Sampah Untuk Kelangsungan Hidup

Sejati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80an dan 90an, pasti akan mengenali lagu yang berjudul Bila Bunga Dipetik Orang, nyanyian kumpulan rock Sejati ni kan?


Amat menyedihkan apabila mengetahui nasib vokalis kumpulan ini, Yazid Alias, 55 turut terkesan dengan pandemik Covid-19, dan kini ambil upah kutip sampah untuk kelangsungan hidupnya.

 

Buat apa nak malu

Bagaimanpun Yazid menjelaskan bahawa dia bahagia dengan bidang kerja barunya itu, bahkan dia tak malu dengan pekerjaannya itu.

“Walaupun pekerjaan ini bergelumang bau sampah yang busuk, namun saya teruskan juga bagi menyara kehidupan keluarga. Buat apa nak malu kerana ini kerja yang halal dan saya tidak kisah apa juga kerja ditawarkan asalkan ia memberi rezeki kepada keluarga.

“Saya bersyukur kerana masih dikurniakan badan yang sihat untuk berkerja menyara keluarga dan ketika cuti sekolah, anak saya, Putera Norsyareza,12, juga membantu saya.”

Setiap pagi, Yazid akan menunggang motosikal roda tiga untuk mengambil upah kutip sampah di sekitar Kampung Balun di Slim River, Perak.

Selepas mengangkut dan meletakkan sampah dalam tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan Taman Tasik Yang Dipertua (YDP) Slim River, Yazid akan membersihkan tempat meletak sampah pada motosikal roda tiga miliknya itu dengan hampas kelapa, lapor Harian Metro.

“Hampas kelapa ditabur pada bahagian pelantar untuk menghilangkan bau dan menyerap air sampah pada bahagian pelantar sebelum saya kembali mengangkut sampah di rumah penduduk,” 

Setiap rumah yang memerlukan perkhidmatannya akan memberi upah sebanyak RM10 untuk setiap bulan.

Lapor sumber, sebelum wabak Covid-19 melanda dan PKP dikuatkuasakan dia sering mendapat jemputan menyanyi di majlis-majlis tertentu.

 

Baca : Diet Tak Makan Nasi 2 Tahun, Penyanyi Dangdut Koma & Lumpuh Seluruh Badan

Lumpuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.