Bro Saddiq Jawab Balik Lepas ‘Dihentam’ Teruk Netizen Berikutan Statement Panas Atlet Lempar Cakera Negara, Irfan Sham Di Instagram

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Fuhh nampaknya nama Menteri kesayangan ramai, Syed Saddiq menjadi popular sekali lagi di media sosial selepas Atlet Olaraga Kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin muat naik status semalam di instagram yang mendapat reaksi ramai pihak.

Ia berikutan Irfan yang juga atlet lempar cakera negara mempersoalkan tindakan Menteri Belia dan Sukan itu yang memecat jurulatihnya selain membubarkan program podium..alamak!

Malah dia juga kecewa kerana permohonannya untuk berlatih diluar negara tidak mendapat kelulusan sedangkan dia sudah membeli tiket ke sana.

Just wanna ask you , mula2 you bubarkan PODIUM. Then my coach ditamatkan contract serta merta selepas saya pecahkan record kebangsaan 13 kali, 3x SEA Games gold and Asian…

 

Sumber : Instagram

Lepas je Irfan muat naik status berkenaan, ramai yang menghentam Syed Saddiq yang dikatakan lepas tangan dan tidak ambil peduli tentang atlet negara, siap cakap YB itu hanya busy dengan e-sports nya sahaja.

Sumber : Twitter

Lepas je isu ni menjadi semakin kecoh, Majlis Sukan Negara (MSN) keluarkan statement bagi menjelaskan situasi sebenar.

Tapi yang mengejutkan, apa yang di jelaskan MSN ni adalah berbeza dengan apa yang diluahkan oleh Irfan di Instagramnya..mana satu ni, msn kata lain irfan kata lain.

Irfan tuduh Bro Saddiq?

So macam mana, dah jelaskan masing-masing? Bagi admin kita kena dengar cerita daripada kedua-dua pihak, tak boleh lah nak serkap jarang je kan.

Tak lama kemudian, YB Syed Saddiq turut mengeluarkan komen berhubung perkara tersebut di twitter beliau.

Keputusan dibuat dalam jawatankuasa bebas

Sumber : twitter

Maka begitulah kisahnya, hope kes ni diselesaikan secara baik kedua-dua pihak, takmo la gaduh gaduh kan, kata #youthpower!

Baca : Bagi kroni kau tiket macam tu je Pemuda Kecam Syed Saddiq Dedah Ulat Tiket Dari Orang Dalam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.