Bomoh Kemboja Buat Ritual Sihir, Nak Santau Komander Tentera Thailand

Tambah ke Sumber Pilihan
Bomoh Kemboja Buat Ritual Sihir, Nak Santau Komander Tentera Thailand

Pertikaian sempadan antara Kemboja dan Thailand yang sudah berlarutan selama beberapa dekad meletus semula pada minggu lalu, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain sebagai pencetus konflik.

Namun, kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata selepas lima hari pertempuran yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan lebih 300,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.


Artikel berkaitan: Baru Sahaja Berdamai, Tentera Thailand Tuduh Kemboja Langgar Gencatan Senjata

Artikel berkaitan: “Tak sangka pula” – Netizen Dedah Orang Thai Sebenarnya Takut Dengan Ilmu Sihir Melayu?

Bomoh kemboja didakwa hantar sihir

Sebuah video memaparkan sekumpulan bomoh Kemboja sedang menjalankan ritual sihir terhadap gambar Komander Tentera Wilayah Kedua Thailand, Leftenan Jeneral Boonsin Padklang, tular di media sosial.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ritual itu dilakukan sebelum atau selepas persetujuan gencatan senjata.

Dalam video itu, ritual itu dimulakan dengan muzik dan tarian tradisional sebelum seorang lelaki berjubah putih mengetuai upacara di hadapan imej besar Padklang.

Upacara disertai dengan bacaan mantera yang menyeru agar kematian awal menimpa pegawai tentera Thailand itu.

Lelaki tersebut kemudian dilihat menikam gambar itu secara simbolik menggunakan trisula, diikuti individu lain memegang objek ritual melakukan aksi serupa sambil menari sebelum menyerang imej berkenaan.

Upacara tersebut berakhir dengan seorang bomoh berjubah merah menggunakan cakera berbilah, untuk mencarik gambar berkenaan, sebelum ia dibakar sebagai kemuncak ritual.

Sementara itu, menerusi laporan Bangkok Post, Jeneral Boonsin mengeluarkan kenyataan pada Isnin bahawa beliau masih hidup susulan tular dakwaannya dibunuh.

Sumber: Bangkok Post, Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bomoh Kemboja Buat Ritual Sihir, Nak Santau Komander Tentera Thailand
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bomoh-kemboja-buat-ritual-sihir-nak-santau-komander-tentera-thailand/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM