in

Blogger Buat Parodi ‘Surah Corona’ Dijatuhkan Hukuman 6 Bulan Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang blogger wanita dari Tunisia telah dijatuhi hukuman penjara 6 bulan berikutan dengan tindakannya yang mempersendakan kitab suci Al-Quran dengan menghasilkan parodi ‘Surah Corona’.


Mahkamah Tunisia memutuskan bahawa Emna Chargui didapati bersalah kerana telah menyinggung agama dan berbaur hasutan. Pada 4 Mei lalu, Chargui ada menulis ‘Surah Corona’ dengan meniru gaya penulisan seakan Al Quran dan kaitkan ia dengan wabak Covid-19.

Tulisan ayat itu meminta orang ramai untuk mencuci tangan mereka dan menjaga jarak sosial saat dunia sedang dilanda wabak tersebut. Kisah itu mula viral sekitar bulan puasa lalu di saat sebahagian daripada Tunisia di dalam perintah lockdown.

Menurut sumber, Chargui pernah menyatakan bahawa dia tak berniat untuk mencetuskan kekecohan sebaliknya hanya dibuat sebagai hiburan. Chargui yang belum ditahan diberi tempoh 10 hari untuk membuat rundingan dan juga didenda 2.000 dinar atau sekitar 750 US Dollar (RM3,196.50)

Chargui akan cuba membuat rundingan terhadap hukuman yang menurutnya dianggap tidak logik.

“Ini tidak adil, ini membuktikan bahawa tidak ada kebebasan di sini (Tunisia).”

Kata-kata itu diungkap kerana baginya Tusinia adalah negara yang mengamalkan kebebasan bersuara. Tambahnya lagi, gambar itu agak menghiburkan baginya, lapor NY Daily News.

Baca : “Kurang ajarnya dorang!” – Netizen Pakat Report Akaun Geng Islam Murtad di Amerika Sebab Cipta ‘Surah Corona’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.