in

“Bila mengandung saya rasa puas kerana dendam saya pada mak dan abah terbalas…”

41392 Harap Diperhatikan Bagi Yang Sedang Mengandung Cuaca Panas Meningkatkan Risiko Diabetes Pada Ibu Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Remaja yang hijau dan berfikiran singkat selalu terjebak dalam melakukan hal yang mensia-siakan zaman muda mereka. Kadang-kadang tindakan untuk melakukan hal tersebut telah didorong oleh tekanan yang remaja tersebut alami.


Laman Facebook Baitus Solehah telah berkongsi satu kisah mengenai seorang remaja yang memilih untuk merosakkan dirinya sendiri oleh kerana dendam terhadap kedua ibu bapanya.

Menurut sumber, semuanya bermula pada awal tahun 2015 apabila mangsa disoal tentang bagaimana gadis tersebut boleh hamil. Namun jawapan yang diberikan gadis tersebut sangat ringkas dan mengejutkan.

Teen Pregnancy
gambar hiasan

“Sakit hati dan dendam.”

“Sakit hati pada siapa?” soal sumber.

“Emak saya.” 

“Apa yang berlaku hingga sakit hati pada emak?” 

“Setiap kali saya balik kampung, nenek, makcik-makcik selalu pesan, nanti kalau Eza nak kahwin, bapa Eza tak boleh jadi wali.” 

Eh dah kenapa pulak?? 

Mangsa yang berusia 14 tahun pada ketika itu bertanya kenapa, namun tiada seorang pun yang menjawab persoalannya. Malah dia diberi peringatan tanpa sebab-sebab yang kukuh.

69833738 Sad Girl Wallpapers
gambar hiasan

Namun semuanya hampir terbongkar ketika dia bakal menduduki peperiksaan PMR. Oleh kerana kad pengenalannya yang hilang dan belum sempat dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara, cikgu menyuruhnya menggunakan sijil kelahiran sebagai pengenalan diri.

“Kali pertama saya lihat sijil nikah emak yang diletakkan satu fail dengan sijil lahir saya. Saya lihat tarikh lahir saya cuma enam bulan selepas emak dan bapa saya bernikah. Bermakna ketika bernikah saya sudah tiga bulan dalam kandungan emak,” luah mangsa.

Img 1927
gambar hiasan

Pun begitu, mangsa yang masih terlalu muda untuk memahami tidak mengerti apa makna tarikh tersebut sehinggalah dia di Tingkatan 4 dan mempelajari bab munakahat yang menerangkan kekeliruannya.

“Saya lihat semula sijil nikah emak dan bapa dengan salinan sijil lahir saya. Saya menangis, saya memberontak dan saya marah. Kenapa ini terjadi pada saya?”

Sejak dari itu, mangsa menyimpan dendam kepada ibu dan bapanya. Dia menjadi liar dan mula berjinak-jinak untuk mencari teman lelaki. Mereka diajak tidur dengannya sehinggalah akhirnya dia mengandung.

Bila mengandung saya rasa puas kerana dendam saya pada mak dan abah terbalas.” 

Ya Tuhan!

3283605255 59F9Cc7452
gambar hiasan

Tidak lama selepas itu barulah mangsa sedar akan kesalahannya. Namun nasi sudah menjadi bubur dan salahnya kerana tidak menjadikan hal tersebut sebagai iktibar tapi sebagai dendam yang membawa kehancuran.

“Dulu emak bapa lahirkan saya, saya dendam. Nanti tentu anak saya juga dendam dan marah pada saya. Baru saya fikir hal ini. Betapa bodohnya saya.” 

Malah mangsa juga menyesal, mengapa ketika dia berusia 16 tahun barulah dia tahu akan hal yang sebenar. Semua ini kerana namanya dibintikan dengan nama bapa. Nama bintinya pun sama dengan maklumat bapa di ruangan sijil lahir. Dia tidak dibintikan Abdullah.

“Saya tanya emak, emak memang mengaku, ketika bernikah dengan bapa, emak sudah mengandungkan saya tiga bulan. Atas desakan emak, pernikahan segera dilangsungkan supaya bila enam bulan dalam kandungan saya boleh dibinti kepada nama bapa tetapi hakikatnya saya adalah anak luar nikah,” sambungnya.

Dalam pada itu mangsa juga bimbang, kalaulah dia tidak mengetahui akan hal sebenar, entah apa status pernikahannya serta anak-anaknya di masa hadapan jikalau dia berwalikan bapanya sekarang.

Dsc 1883
gambar hiasan

“Cukuplah anak seorang ini status anak luar nikah atas kebodohan dan dendam saya. Jangan ia berulang bila saya ditakdirkan ada jodoh dan bernikah. Saya sudah tidak malu untuk mendedahkan status saya demi kemaslahatan keturunan saya,” jelasnya lagi.

Janganlah terburu-buru dalam melakukan satu tindakan. Fikir panjang dan kembalilah kepada Tuhan jikalau dalam kekeliruan.

Baca: “Saya lakukan perbuatan itu sehinggalah berumur 16, berapa kali berzina sudah tidak terkira…”

Zina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.