in

“Betul lah cinta tu membutakan” – Sanggup Merompak Untuk GF, Tapi Akhirnya Wanita Tu Kahwini Lelaki Lain

Feature 1 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul lah kata orang, manusia sanggup buat apa je demi cinta untuk bahagiakan orang yang tersayang. Namun, pengorbanan pun ada batasnya jugak. Kalau benda tu boleh menyusahkan kita, baik tak payah buat lah.


Macam satu kisah yang terjadi di Palembang, Indonesia ini. Seorang lelaki sanggup merompak untuk memberikan kemewahan kepada wanita yang dia sayang, lapor Kompas.com. Fuh, sayang betul dia dekat perempuan tu. 

Pencuri 1

Lelaki tersebut telah mengaku bahawa dia pernah merompak di 10 kawasan yang berbeza untuk teman wanitanya itu. Tapi, yang sedihnya, girlfriend dia kahwin dengan lelaki lain weh! 

Girlfriend dia takde hati perut ke? Orang dah sanggup masuk penjara sebab dia, boleh pulak dia cari lelaki lain? 

Menurut pengakuan lelaki yang berusia 26 tahun ini, dia sering mencuri motosikal dan menjual barangan curi tersebut dengan harga Rp.500 ribu buat sebuah motosikal. Katanya, kekasihnya tu selalu dapat baju baru daripada dia dengan hasil wang curi.

Mungkin sebab guna duit tak halal kot, jadi rezeki tak diberkati tuhan. 

Jadi sekarang, dia dah insaf dan sebelum ditahan oleh pihak polis setelah diburu selama setahun, dia pernah bekerja sebagai penjaga parking.

Buat masa sekarang, lelaki terbabit akan dipenjara selama lima tahun.

Takpe lah, manusia boleh berubah kan. Harapnya perkara ni dijadikan pengajaran lah. 

Baca: “Ini namanya Tuhan bayar cash!” – 5 Perompak Kena Buat Test Dekat Hospital, Rupanya Pecah Masuk Rumah Pesakit Covid-19

Pencuri

Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.