in

“Beli rumah mahal sebab nak privacy” – Individu Bengang Jiran Suka Hati Buka Restoran Dekat Kawasan Rumah

Rumah 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segelintir orang sanggup membeli rumah mahal asalkan kawasan tersebut lebih terjamin privasi seperti mempunyai pengawal keselamatan.

“Beli rumah mahal sebab nak privacy…”

Pun begitu, seorang individu di TikTok berkongsi rasa kesal jirannya telah mengganggu ketenteraman penduduk sekeliling kerana membuka restoran di rumah. Sejak itu, ramai pelanggan suka berlegar-legar di kawasan perumahan itu.


Artikel berkaitan: “Buka pagar kita macam pencuri!” – Jiran Tak Puas Hati Kena Tegur, Kurung Kucing Sebab Datang Rumah

Artikel berkaitan: Jiran Tak Puas Hati Parking Diambil, ‘Block’ Kereta Sampai Jalan Jadi Satu ‘Lane’

Beli rumah mahal kawasan private sebab nak privacy. Sekali jiran suka2 buka restoran dekat area tapak rumah dia. Tiap hari ada banyak kereta pelanggan parkir depan rumah kami sampai ganggu kami jiran2 sini. Siap ada pelanggan ronda-ronda kawasan sini. 

Bagaimanapun, dia sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa namun jirannya hanya diberikan amaran.

Permit niaga? Memang takde sebab mana boleh buka kedai niaga di kawasan perumahan. Nak niaga pun cari tapak niaga betul2… setakat buka payung jual kecil2 takpe. Ni restoran!

Rumah 2
Sumber: tiktok

“Kamu memang selfish!”

Dalam hantaran lain, dia meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan jiran yang lain turut melalui situasi yang sama. Individu itu turut menyifatkan pemilik restoran tersebut sangat mementingkan diri sendiri kerana tidak memikirkan keselesaan orang lain.

Keselamatan kawasan perumahan tergugat bila orang luar boleh masuk sesuka hati. Dah ada jiran yang report  PBT sebelum ni.

Kalau kamu memeriahkan lagi tempat tu dan tak kesian kat kami jiran2 ni.. kamu memang selfish!

Dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan nama tempat tersebut.

Rumah 1 1
Sumber: tiktok

Di ruangan komen, ramai netizen turut menghadapi situasi yang sama.

Rumah 3 1 Rumah 4 1

Moga isu ni cepat selesai.. kesian juga jiran yang lain..

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.