in

Belajar Dalam Kelas Sambil Susukan Adik, Murid Sekolah Di Thailand Ini Buat Ramai Sebak

F4 Jaga Adik Di Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang kakak atau abang kepada adik-adik kita, lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai adik-beradik yang ramai yang masih kecil.


Itulah yang boleh dikatakan tentang seorang murid perempuan di sebuah sekolah di Thailand ini apabila dia membawa adiknya bersama ke dalam kelas di sekolah.

Tindakannya membawa adiknya ke sekolah itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dipercayai merupakan guru kepada murid perempuan itu, lapor portal The Thaiger.

@yingggzz

ไม่รู้คนเป็นครูเเบบเราจะรู้สึกยังไง เเต่สิ่งเดียวบอกกับเด็กเสมอว่า ไม่ว่ายังไงอย่าขาดเรียนนะลูก เเม่ไม่ว่างเอาน้องมาเรียนด้วยเลย เเล้วทำจริ้งงงง55555 ดีนะน้องไม่ดื้อ😆#นักเรียน #เลี้ยงน้อง #ปราจีนบุรี #ขึ้นฟีด

♬ เสียงต้นฉบับ – YINGGGZ – YINGGGZ

Artikel Berkaitan: “Ibu dah meninggal”- Akan Tunggu Kakak Dalam Kelas, Kisah Murid Ini Gendong Adik Ke Sekolah Setiap Hari Buat Ramai Sebak

Artikel Berkaitan: “Penat mak buat” – Murid Segan Bawa Keluar Makanan Jamuan, Ramai Terharu Tindakan Guru Ini

Dalam video yang berdurasi selama 18 saat itu, dapat dilihat murid perempuan yang bersekolah rendah itu sedang meriba adiknya yang sedang menyusu botol sambil dirinya sendiri sedang menulis di bukunya.

Menurut kapsyen video TikTok terbabit, difahamkan, murid perempuan itu membawa adiknya ke sekolah kerana ibunya sibuk menjalankan tugas.

7 2

Menurut kapsyen yang sama juga, gurunya mengatakan membawa adik ke sekolah adalah lebih baik kerana yang penting, murid itu tidak ponteng sekolah.

Dalam video yang sama juga, dapat dilihat adik murid perempuan itu duduk diam dipangku kakaknya sambil minum susu botol.

Rata-rata warganet memuji kecekalan murid itu untuk menimba ilmu.

Sumber: TikTok @yingggzz, The Thaiger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.