in

Baru Berusia 13 Tahun Tapi Dah Pandai Berniaga Jual Cempedak!

Cempedak Di Luar Pagar Ambil Galah Tolong Jolokkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya budak umur 13 tahun pada zaman sekarang ni luangkan banyak masa dengan belajar dan kalau tak pun main video games dengan rakan-rakan. Tapi seorang budak berusia 13 tahun di Tamu Tuaran, Sabah ni tak sama macam kawan-kawan seusianya.


Menerusi perkongsian di Facebook, netizen bernama Farrawati bercerita kisah menarik mengenai budak kecil ni yang dah pandai meniaga cempedak walapun dia baru masuk Tingkatan 1.

“Awal Subuh tadi, saya ke Tamu Tuaran bersama suami. Sampai di Tamu, kami perhati ramai peniaga sudah ready dengan jualan.

“Dalam kedinginan cuaca awal Subuh tu, saya terpandang pada seorang kanak-kanak tengah gigih memanggil pengunjung yang lalu depannya,” ceritanya.

42363897 10217503943980821 3939047101391962112 N
sumber: facebook

Kanak-kanak yang menjual cempedak tu menarik perhatian Farrawati. Mereka berhenti sekejap di kedai budak tu untuk bertanya tentang buah-buahan yang dijualnya.

“Abang, kakak, cempedak murah.”

“Murah berapa dik?’

“Setumpuk 3 biji tu RM10 saja kak, ada juga RM2 saja.”

“Murah ni dik, gemuk-gemuk lagi cempedak kamu.”

Budak 1
sumber: facebook

“Iya kak, cuma di luar cempedak ni ada bahagian yang buruk, tapi dalamnya masih bagus kak, sebab tu saya jual murah,” terang budak tu.

“Waa, jujur adik ni, baiklah, kami ke bahagian ikan dulu ya, nanti singgah di sini beli cempedak. Berat juga ni mau dibawa,” kata Farrawati.

Sebaik selesai pusing-pusing di bahagian lain, Farrawati datang semula ke gerai cempedak adik tadi. Tanpa berfikir panjang, dia beli cempedak tu kerana kejujuran budak tadi dan sempat interview sikit tentang dirinya.

Budak2
sumber: facebook

Menurut Farrawati, budak ni belajar Tingkatan 1 di SMK Sg Damit, Tamparuli. Dia juga datang ke Tamu Tuaran tu dengan mengikut jiran yang menjual pisang dan sudah sampai di tapak jualan ni sejak pukul 1 pagi lagi! Wow hebat! 

“Adik yang amat muda ini, jam 1 pagi sudah sampai di Tamu, saya membayangkan dia mengangkut cempedak berat-berat ni dari kereta, memasang payung sendiri, membentangkan kanvas dan menyusun jualannya.

“Sementara tunggu siang, adik ni mungkin tidur sebentar. Tidurnya tidaklah selesa seperti kita tidur di tilam empuk di rumah,” kata Farrawati, terharu.

42412973 10217503944500834 9069716665557581824 N
sumber: facebook

Sikap rajin dan gigih budak ni patut dicontohi ramai dan admin jugak yakin bila budak ni besar nanti mesti dia jadi anak yang berdikari dan bukan sejenis asyik mintak duit ibu bapa saja.

Semoga kisah ni menjadi teladan buat kita semua… 

Baca: Jual Telur Itik Je, Tapi Pendapatan Mencapai RM12k Sebulan! 

Telur Itik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.