Rasanya korang semua mesti aware kan yang gugurkan anak adalah salah di sisi undang-undang melainkan atas sebab-sebab perubatan?
Pun begitu, baru-baru ini seorang netizen ada kongsikan paparan screenshot seorang wanita buat kutipan derma di Twitter meminta orang ramai untuk tolong kawannya gugurkan bayi luar nikah.
“PENTING: Saya tengah tolong seorang wanita yang sedang mengandung tanpa dirancang di Pahang semasa PKP. Dia seorang pelajar berusia 21 tahun dan perlukan RM3k untuk biayai perjalanan, konsultasi, prosedur perubatan, ubat-ubatan dan penjagaan selepas prosedur. Tolong DM kalau ada yang nak tolong atau nak tahu lebih lanjut. Terima kasih.”
Bukan je tindakan wanita ni meminta derma untuk tolong gugurkan kandungan mengejutkan, malah dia siap dapat kutip jumlah wang yang diminta tersebut hasil sumbangan orang ramai.
“UPDATE: Kami telah berjaya capai target! Terima kasih kepada semua yang membantu. Saya akan padam thread ni dalam masa 15 minit seperti yang diminta oleh wanita tersebut. Dia ucapkan terima kasih pada semua yang membantu dan saya akan buat thread semula bila semua dah selesai.”
“Maaf semua. Saya terpaksa delete kerana dah ada berbaur-baur viral. Saya tak nak tersalah langkah hingga menyebabkan keselamatan wanita tersebut terjejas. Kami berjaya capai target dan sekarang dia boleh dapatkan bantuan perubatan yang dia perlukan. Sekali lagi, terima kasih.”
Tindakan wanita ini meminta derma untuk gugurkan anak telah mengundang kemarahan ramai netizen yang rata-ratanya tak bersetuju dengan cara ini dan merasakan wanita tersebut, kawannya dan semua yang memberi derma sama-sama bersubahat membantu membunuh bayi tersebut.
Gais please, kalau betul pun termengandung anak luar nikah. BANYAK organisasi dekat luar sana yang boleh tolong korang dari awal sampai habis. Tak yah ada orang tahu pun boleh. Even kalau nak rahsiakan, dekat setiap negeri ada banyak baby hatch yang korang boleh pergi. Benda ni illegal ya…