in

“Mengalir air mata jantan ayah” – Lama Tak Ke Masjid, Lelaki Sebak Bila Terima Jemputan Solat Jumaat

Sedih Rindu Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seingat korang lah, bila kali terakhir agaknya korang dapat pergi ke masjid semenjak musim pandemik ni?


Bagi mereka yang dah lama tak dapat giliran untuk pergi ke masjid, pasti korang rindu dengan suasana ‘rumah Allah’ ni kan dan terbayang-bayang bila lagi agaknya kesempatan untuk menunaikan solat di masjid.

Menerusi perkongsian Farhah Jamaluddin di TikTok, bapanya dilihat mengalirkan air mata selepas mendapat tahu dia akhirnya menerima kad jemputan untuk ke Solat Jumaat nanti.

@farhahjamaluddin

Setiap hari ayah bersiap nak pergi masjid tapi tak dapat pergi. Selalu tunggu giliran. #ayah #rindumasjid #fypシ #tiktokmalaysia #fypmalaysia #fyp

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Menurutnya, ayahnya yang terlalu rindu untuk ke masjid itu setiap hari bersiap dan menunggu giliran jikalau dia dijemput untuk ke sana.

Tambahnya lagi menerusi ruang komen, kali terakhir ayahnya pergi ke masjid ialah pada Aidilfitri tahun lepas dan tidak lagi dapat ke sana selepas kawasan dikenakan PKPD.

Farhah

 

“Hadiah yang tak boleh ditukar dengan duit dunia…” 

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa tersentuh dengan reaksi lelaki tersebut serta berharap mereka juga pada suatu masa nanti dapat diberikan kesempatan untuk ke masjid seperti zaman sebelum COVID 19.

Pakcik

Sama-samalah kita doakan semoga COVID 19 ni cepat terhapus dan kita sama-sama dapat beribadah semula di masjid. 

Baca: “Jgn nyesal kemudian hari” – Sukarelawan Sedih Dengar Luahan Makcik Tua, Anak Menantu Merungut Nak Bawa Mak Pergi Vaksin

Vaksin 3

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.