in

“Awak pernah curang, saya tak” – Shuk Cuba Membahan, Respon ‘Makan Dalam’ Issey Buat Orang Pecah Perut

Fi Shuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin dekat sini ramai yang minat menonton rancangan realiti I Can See Your Voice yang kini telah pun bersiaran selama empat musim.


Dalam episod terbaru yang kini telahpun memasuki minggu ke-8, penyanyi kumpulan Ruffedge telah dijemput sebagai tetamu undangan. Selain itu, pelakon hebat Datin Seri Umie Aida, serta penyampai radio Issey Fazlisham turut diundang sebagai ‘penyiasat’ jemputan.

 

“Sebelum ni duda, sekarang suami orang”

Seperti biasa pada permulaan rancangan, hos Shuk Sahar dan Sean Lee akan memperkenalkan tetamu undangan bagi setiap episod rancangan tersebut.

Namun pada bahagian perkenalan episod terbaru ini boleh dikatakana ‘lain macam’, apabila respon Issey kepada kata-kata Shuk menarik perhatian ramai.

Shuk mengucapkan tahniah kepada Issey dan merasakan dia telah mencipta satu sejarah tersendiri sejak datang ke rancangan tersebut sebelum ini. Shuk mengatakan yang Issey dulunya seorang duda dah berubah menjadi suami orang. Namun Issey yang juga seorang penyampai radio, dengan berselorohnya membalas balik kepada Shuk hingga pengacara itu terdiam.

@miefzl

setepek die bagi kt syuk ? #thelazyboyz #theroyaletroops #fypシ #miefzl

♬ original sound – ??? ????? – ??? ?????

Setepek betul dia kasi ya.

 

“Aku ada radio, kau dah takde”

Tak cukup lagi dengan itu, Issey sekali lagi bagi komen ‘pedas’ pada Shuk selepas mereka berdebat dalam satu segmen rancangan tersebut.

Issey waktu itu sedang mempertahankan dirinya, terus berkata yang dia dan pengacara ada satu perbezaan di mana dia adalah penyampai radio tapi Shuk ‘bekas’ penyampai radio.

Perkara itu nyata membuatkan set rancangan tersebut kembali ‘panas’ dan menghiburkan para tetamu jemputan.

@ur.juliettt

another setepek HAHAHAHA #fyp #detansri #dedudaxdara #thehottestmummy

♬ original sound – chinese girl ♡ – chinese girl ♡

 

“bebetul savage!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap tindakan Issey ni betul-betul berani hingga ada merasakan yang dia dah simpan lama.

Reak Shuk 1 Edit

Reak Shuk 2 Edit

Reak Shuk 3 Edit

Siapa yang dah tengok episod baru ni? Seriously best gila!

Sumber : TikTok (@miefzl, @ur.juliettt)

 

Baca : “Kalau nak bermadu kena terima, bukan hancurkan keluarga saya” – Isteri Shuk Dedah ‘Orang Ketiga’ Main Ugut?

Shuk6

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.