in

“Army assembles!” – BTS Pecah Rekod Raih 10 Juta Tontonan MV ‘Dynamite’ Dalam Masa 21 Minit!

Dd 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tidak kenal dengan kumpulan K-Pop terkenal BTS. Sejak penglibatan mereka dalam industri muzik pada tahun 2013, pelbagai pengiktirafan dan anugerah yang telah mereka miliki. Hari ini sekali lagi mereka mencipta sejarah!


Muzik video lagu terbaharu mereka yang berjudul ‘Dynamite’ telah memecah rekod Youtube apabila telah meraih 10 juta tontonan hanya dalam masa 21 minit.

D2 2

D1 1 3

MV ‘Dynamite’ ini menjadi antara lagu yang dinantikan oleh peminat mereka khususnya ARMY (nama fandom BTS). Penantian ini akhirnya berakhir apabila ianya telah dilancarkan pada 12 tengah hari Jumaat.

MV ini mendapat sambutan hangat sehingga tepat jam 12.21 tengah hari sahaja jumlah tontonan MV ini telah mencecah 10 juta tontonan. Gempak giler!

‘Dynamite’ merupakan lagu single bahasa Inggeris pertama bintang-bintang K-Pop tersebut, lapor Astro Awani.

Sehingga jam 5 petang, MV ini telah ditonton lebih 36 juta tontonan dan trending nombor 1 di Twitter.

D

 

Kepada peminat BTS dan muzik K-Pop jom kita tambah views untuk MV ‘Dynamite’ ni. LIGHT it up like dynamite!

Baca: “Habislah korang” – Agensi Suruh ARMY Buat Laporan Kalau Ada Sesiapa Bagi Komen Negatif Terhadap BTS!

D3 1

Sumber: Wikipedia
Sumber: Youtube
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.