in

“Apa masalah ustaz ni” – Sajat Bengang Ada ‘Ustaz’ Kata Dia Penyebab Makkah ‘Lockdown’

Sajat2 1

Seperti yang kita sedia maklum pusat ibadat Makkah dan Madinah juga telah menghadkan pengunjungnya.

Kalau korang semua perasan wabak Covid-19 ini mula timbul beberapa ketika selepas isu yang melibatkan usahawan Nur Sajat berpakaian seperti wanita di tanah suci yang menjadi bualan hangat sebelum ini.

Susulan itu, ada pihak yang cuba nak ungkit balik hal ini dengan mengaitkan dirinya menjadi punca tanah suci itu tidak mempunyai pengunjung.

 

 Mana bukti kukuh! – Nur Sajat

Menerusi mStar Online, Sajat ada muat naik IG Story dengan menzahirkan rasa bengangnya terhadap individu yang menuduh dirinya itu.

“Rasa nak jumpa ustaz yang mengata aku! Apa masalah ustaz ini? Rasanya lockdown ini bukan kat Makkah jer kena! Malah satu dunia!!

Individu tersebut memerli Sajat sentuh Kaabah adalah punca Mekkah tak boleh dikunjungi.

“Habis tu, agensi yang menipu orang pergi umrah tu? Itu bukan bencana ke?”

Sajat juga menggesa individu yang dirujuk sebagai ‘ustaz’ itu untuk memberikan bukti yang kukuh daripada penganalisis dunia yang mengatakan dirinya pegang Kaabah puncah Makkah tak boleh masuk.

“Dah la ustaz, jangan buat fitnah, tak baik tau! Eeee.Geramnya!!! Tak kuasa saya macam ni! Menyampah!”

Sajat

Sajat menentang sekeras-kerasnya kenyataan ‘ustaz’ tersebut dan menjelaskan bahawa ia terang-terangan disebabkan Covid-19 tapi bukan dirinya.

Kes orang lain makan makanan haiwan buas seperti kelawar, ular, kucing, anjing dan macam-macam lagi, hujung-hujung ustaz kata bala yang datang ni sebab aku pegang Kaabah” 

 

Baca : “Macam nak tunjuk Allah redha” – Netizen Spekulasi Sajat Saja Pergi Umrah Sebab Nak Orang Percaya Dia Perempuan?

Perempuan

Sumber: mStar