in

Anak Murid Mengadu Ada Pergaduhan Dalam Kelas, Rupanya Nak ‘Surprise’ Hari Jadi Ustaz

Ustaz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain orang, lain cara mereka menghargai orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi, jika insan tersebut merupakan seorang guru yang banyak berkorban jasa dan tenaga untuk menyebarkan ilmu kepada diri kita.


Murid prank ustaz konon ada pergaduhan

Tular di TikTok baru-baru ini tentang seorang ustaz yang menyambut hari lahir bersama murid-muridnya di sekolah agama. Pada mulanya, ustaz tersebut pelik melihat pintu sebuah kelas yang ditutup rapat.

Artikel berkaitan: “Akal anak syurga” – Cikgu Kena ‘Prank’ Dengan Pelajar Istimewa, Rupanya Nak ‘Surprise Birthday’

Artikel berkaitan: “Kecik2 dah sweet” – Wanita Terharu Anak ‘Surprise’ Hadiah Tudung Sempena Hari Ibu

Kata ustaz tersebut, murid-muridnya tahu tarikh lahirnya pada hari tersebut dan ada yang sudah memberitahunya semalam tentang kejutan yang bakal dilakukan.

Diorang tahu birthday saya hari ni.. dah bertutup kelas. Takpelah, layan jelah kita rekod je video ni sebagai kenangan.

Kemudian, seorang murid perempuan mengadu ada ‘pergaduhan’ berlaku di dalam kelas sehingga ada pelajar yang tercedera.

Waktu rehat tiba-tiba dorang report ada budak lelaki bergaduh sampai berdarah.

@pakostad9

Pertama kali birthday di sambut ala-ala artis 🥹 #pakostad

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Kumpul duit untuk buat surprise!

Sampai sahaja guru tersebut di pintu masuk, murid-murid di dalam kelas itu terus melaungkan ucapan hari jadi bersama-sama. Mereka dilihat gembira menyambut hari lahir guru itu sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buat cikgu tersayang.

Lebih terharu, murid-murid di dalam kelas tersebut mengumpul duit bersama-sama untuk membeli barang hiasan bagi menyambut hari istimewa guru tersebut.

Kumpul duit sama-sama beli belon buat birthday party. Lihatlah segala belon, topeng, bunyi semuanya… speechless.

Ketua kelas tersebut memberikan ustaz hadiah jambangan bunga yang digubah sendiri. Kemudian, murid-murid dari kelas lain juga turut menyambut hari ulang tahun guru itu.

Terima kasih meraikan saya. Saya tak minta pun semua ini tapi bersungguh awak buat untuk saya, Jangan lupa selitkan nama saya dalam setiap doa awak ya. Love you guys. Saya simpan sini sebagai kenangan kita sampai bila-bila.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat video tersebut dan memuji cara murid-murid tersebut menghargai guru mereka.

Ustaz 1

Sebak min tengok video tu..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.