“Aku terkejut beruk dapat tahu paper BM kosong tak ada jawapan” – Pelajar Hampir Fail Exam Angkara Pen Ni!

Jadikan sumber pilihan di Google
“Aku terkejut beruk dapat tahu paper BM kosong tak ada jawapan” – Pelajar Hampir Fail Exam Angkara Pen Ni!

Tengah musim exam dan peperiksaan akhir tahun ni, para pelajar mestilah dah bersiap sedia dengan alat tulis macam pen, pensel, pemadam dan lain-lain kan. Tapi masa membeli pen tu, hati-hati jangan terbeli pen yang satu ni!

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang pelajar nyaris fail peperiksaan percubaan SPM Bahasa Melayu sebab kertas peperiksaannya tetiba jadi kosong masa cikgu nak menanda markah. Adoi magik ke apa tetiba kertas exam jadi kosong ni?


 

“Cikgu tanya kenapa tak jawab langsung paper BM ni, sedarlah SPM nak dekat katanya…” 

Tengah cikgu-cikgu sibuk menanda kertas peperiksaan, tiba-tiba terjumpa pulak satu kertas exam yang kosong tanpa jawapan. Jadi cikgu ni pun panggillah pelajar bernama Paan dengan ni niat nak bagi ceramah dan kesedaran yang SPM dah nak dekat.

Tapi yang mengejutkan, Paan jawab semua soalan. Kenapa kertas jadi kosong?

Dqfupuuwkae9Egq
Sumber: Twitter
Dqfupuuw4Aefmwf
Sumber: Twitter

 

“Then aku tergerak hati nak tengok pen b*ngsat tu. Masa tengok rupanya dia ada pesan, jangan guna pen ni time exam. Kalau tak…” 

Stress sebab bakal fail peperiksaan percubaan SPM, Paan ni tergerak hatilah nak periksa pen yang digunakan masa exam. Terkejut rupanya pen tu ada bagi disclaimer untuk jangan guna masa exam. Ink pen tu boleh hilang dengan tiba-tiba. Nasib baiklah ada cara nak kembalikan ink tu.

Dqfupuwwwaebmfg
Sumber: Twitter
Dqfu Vfwkaakplc
Sumber: Twitter
Dqfu Xdxqaaqhty
Sumber: Twitter

 

“Ni pen tu… rasanya mana-mana outlet macam Popular, Pustaka Seri Intan, Syarikat Muda Osman ada kot” 

Bagi korang yang tertanya-tanya apakah jenama pen tu dan macam rupanya. Haa inilah pen sakti tu yang boleh hilangkan ink secara tiba-tiba.

Dqmw3Q Uuaahsey
Sumber: Twitter

Menurut tweet tersebut, pen ni jenama Pilot dan dipanggil Friction Ball. Hampir kesemua outlet kedai buku kat Malaysia ni ada jual. Kalau dakwatnya terkena panas, serta merta ink yang melekat kat kertas tu boleh hilang. Tapi ink tu boleh recover balik kalau suhu -4 darjah ke bawah.

Dqfupuvw4Aaduii
Sumber: Twitter

Sebagai peringatan kepada pelajar SPM, universiti dan lain-lain kat luar sana, elakkanlah dari menggunakan pen ni walaupun sekadar nak tulis nota. Tak ke naya kalau tiba-tiba nota jadi kosong semua? Kalau korang duduk negeri sejuk takpelah. Ini duduk kat Malaysia, memanglah panas memanjang.

Take note ye gaiss! 

Baca: Masa Depan Gadis Cemerlang 7A SPM Ini Suram Sebab Tak Ada Kad Pengenalan

Espiyem

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Aku terkejut beruk dapat tahu paper BM kosong tak ada jawapan” – Pelajar Hampir Fail Exam Angkara Pen Ni!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/aku-terkejut-beruk-dapat-tahu-paper-bm-kosong-tak-ada-jawapan-pelajar-hampir-fail-exam-angkara-pen-ni/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen