AKPS Halang 21 Warga Asing Dari Masuk Malaysia Atas Pelbagai Kesalahan

Jadikan sumber pilihan di Google
Warga Asing

Sebanyak 21 warga asing ditolak kemasukan ke Malaysia manakala seorang lagi ditahan selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menggagalkan cubaan masuk dan keluar negara secara tidak sah.

Cubaan itu dikesan melalui tiga modus operandi berbeza hasil pemantauan rutin Pasukan Pemantau AKPS, semalam.


Kes pertama melibatkan enam warga Kemboja termasuk seorang pembawa yang mendakwa datang untuk mendapatkan suaka politik namun gagal mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Kes kedua membabitkan tiga warga Indonesia yang menyalahgunakan kemudahan visa kemasukan tunggal selama 90 hari tanpa bukti penginapan, tiket pulang, atau alasan kukuh dan disyaki berniat bekerja secara tidak sah.

Screenshot 2025 08 09 At 10.08.42 Am

Artikel berkaitan: “Lebih masyuk daripada warga tempatan” – Individu Pertikai Warga Asing Selamba Berniaga Di Kawasan Parkir Motor

Artikel berkaitan: Wanita Sumbat Haiwan Eksotik Dalam Bagasi Untuk Cuba Seludup Melalui KLIA Ditahan

Dalam kes ketiga, seorang warga China ditahan selepas didapati menggunakan pasport dengan endorsmen mencurigakan bagi tempoh Disember 2024 hingga Ogos 2025.

Siasatan awal mendapati individu tersebut memperoleh cap keluar-masuk secara tidak sah menggunakan kaedah “flying” dan menyalahgunakan dokumen perjalanan.

Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan pemalsuan dokumen dan cubaan keluar tanpa prosedur sah.

Selain itu, tujuh warga India dan lima warga Pakistan turut digagalkan kemasukan selepas cuba melepasi kaunter imigresen tanpa pemeriksaan sah.

Mereka dipercayai menyusup bersama penumpang lain bagi mengelak pengesanan pihak berkuasa.

Menurut AKPS, semua warga asing terbabit dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan dihantar pulang melalui penerbangan terawal.

Agensi itu menegaskan komitmen untuk mengekalkan integriti kawalan sempadan negara dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan masuk atau keluar secara tidak sah.

Sumber: Astro Awani

 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

AKPS Halang 21 Warga Asing Dari Masuk Malaysia Atas Pelbagai Kesalahan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/akps-halang-21-warga-asing-dari-masuk-malaysia-atas-pelbagai-kesalahan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen