in

Ahli PEKIDA Ugut Bunuh Tun M

Tun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang individu yang dikatakan membuat ugutan bunuh kepada Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Mahathir Mohamad. Hari ini pihak polis memaklumkan bahawa mereka berjaya menahan suspek yang terlibat.


Menurut The Malay Mail, seorang lelaki anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) telah ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah mahu berperang dan menembak Tun M. Wuishh bahaya ni!

Mal
sumber: malaysiakini

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan aduan yang dibuat oleh setiausaha PEKIDA Selangor pada 31 Mei lalu. Lelaki tersebut ditahan kira-kira jam 4.40 pagi di Jalan Beverly Heights, Ampang.

Pun begitu, lelaki yang ditangkap itu tidak mengaku perlakuan tersebut dibuat olehnya tetapi mendakwa ada pihak dah hack akaun media sosial dia.

“Suspek mendakwa akaun Facebooknya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Suspek akan direman sehingga 6 Jun ini bagi membantu siasatan.”

Faz2
sumber: malaysiakini

Entri Facebook yang dibuat atas nama Ayahanda Fadzley Mohd Yusof itu sebelum ini mendakwa ada 10,000 ahli group bersedia untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Bukan itu sahaja, satu lagi entri dari akaun yang sama mendesak supaya Tun M dipenjarakan. Entri itu juga menggelar Menteri Pertahanan Mat Sabu sebagai seorang badut dan mendakwa Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah tidak sesuai memegang jawatan tersebut hanya kerana dia seorang wanita.

Faz 1
sumber: malaysia gazette

Berikutan kes ini, seorang lelaki bernama Fadzley Mohd Yusof telah tampil membuat laporan polis mendakwa Facebook Ayahanda Fadzley Mohd Yusof tersebut bukan miliknya kerana dia adalah seorang penyokong Pakatan Harapan. Dia membuat laporan tersebut untuk menjaga keselamatan dirinya yang terancam.

Kalau ada di antara korang tak suka kerajaan baru sekali pun, cuba tunjukkan bantahan dengan cara sihat dan jadi pembangkang yang berhemah, bukannya menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Baca: “Najib pembangkang contoh”

Jib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.